BELANTARA UNTUK BEREHAT ** FOREST FOR REST : Eksplorasi Hutan Hujan Tropika di Hulu Dungun, Terengganu Malaysia untuk pengalaman yang sensasi, kebebasan dan ketenangan sejati . ** Hulu Dungun's, Terengganu tropical rainforest for your exploration, freedom and rest
Pages
- Home
- MUKADIMAH ** HOW DID IT ALL BEGIN
- TENTANG KAMI ** ABOUT US
- HUBUNGI KAMI ** CONTACT US
- TESTIMONI PESERTA ** CLIENTS' TESTIMONIES
- KRU AWANG GHANI ** AWANG GHANI'S KREW
- PAKEJ EKO-KEMBARA SUNGAI PERLIS ** RIVER PERLIS ECO-ADVENTURE PACKAGE
- PAKEJ EKO-KEMBARA SUNGAI KERAWAT ** RIVER KERAWAT ECO-ADVENTURE PACKAGE
- PAKEJ EKO-KEMBARA GUNUNG BEREMBUN, AIR TERJUN CHEMERONG & AIR TERJUN LANSIR ** MOUNT BEREMBUN, CHEMERONG & LANSIR WATERFALLS ECO-ADVENTURE PACKAGE
Senarai Pakej
SENARAI PAKEJ YANG DITAWARKAN ** LIST OF PACKAGES OFFERED:
1.Pakej Eko-Kembara Sungai Perlis, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 3 hari 2 malam dan 4 hari 3 malam **River Perlis Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 3 days 2 nights and 4 days 3 nights package
Gambar Sungai Perlis
2.Pakej Eko-Kembara Sungai Kerawat, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 4 hari 3 malam** River Kerawat Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 4 days 2 nights package.
Gambar Sungai Kerawat
Pakej Gunung BErembun
3.Pakej Eko-Kembara Gunung Berembun, Air Terjun Chemerong & Air Terjun Lansir, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 2 hari 2 malam** Mount Berembun, Chemerong & Lansir Waterfalls Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 2 days and 2 nights package.
Picture Gunung Berembun
Sunday, September 22, 2013
OPUS BERHAD DI SUNGAI PERLIS, HULU DUNGUN - 14-16 SEPT 2013 : MEGA SUKSES!!!!
Para peserta mula menaiki bot seawal jam 8:30 pagi memasuki Sungai Perlis dan mula memasang khemah di tepian Lubuk Goback pada jam 12:30 tengahari. Lubuk Goback mendapat nama dari kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang pelancong berbangsa Inggeris yang bertanya kepada guide dari Kg Syukor samada mahu go atau back semula ke Kg Syukor setelah sampai di lubuk tersebut.
Sepanjang 3 hari di Sungai Perlis para peserta bergembira mandi-manda, makan minum ikan sungai, memukat, menjaring, memancing semuanya aktiviti yang menyegarkan badan dan fikiran.
Yang pasti semua enjoy dan segar hati dan fikiran setelah berehat dan menikmati apa yang ditawarkan oleh Sungai Perlis yang mistik namun menteramkan ini.
Thursday, August 1, 2013
JADUAL PAKEJ EKO-KEMBARA AWANG GHANI
Wednesday, June 26, 2013
TRIP PERTAMA SUNGAI KERAWAT 20-23 SEPTEMBER 2013
![]() |
| LUBUK KERAWAT! |
Masih ada beberapa kekosongan untuk Trip ini. Jika berminat untuk menyertai individu-individu yang cool dan baik seperti En Rasul dan rakan-rakannya marilah sertai Trip ini. InshaAllah Trip ini akan memberikan anda pengalaman sekali seumur hidup yang sangat indah dan tidak dapat dilupakan.
Kelah bersaif trofi dan rakan-rakannya seperti tengas, sabarau dll menanti anda di Sungai Kerawat!
![]() |
| KELAH LUBUK KERAWAT |
TRIP KE 3 SUNGAI PERLIS 13-16 SEPTEMBER 2013
Trip Ke-3 akan berlangsung dari 13 - 16 September, 2013. Sekarang saya perlu menyediakan segala keperluan dan permintaan daripada Pengerusi Kelab Kembara ini iaitu En Nizam bagi memastikan Trip ke Sungai Perlis ini berjalan lancar dan penuh dengan pengalaman yang menarik, inshaAllah.
Semoga suksess!
Friday, June 7, 2013
TRIP KUMPULAN P.I.N.G.A.T KE SUNGAI PERLIS 10-12 MEI 2013 : SUKSES!
![]() |
| Para peserta yang semuanya merupakan eko-kembara junkie. Singgah minum sebelum sampai di Hulu Dungun |
Para peserta Trip Ke-2 ini bukan calang-calang orang. Semua sangat berpengalaman di dalam bidang kembara hutan dan expedisi memancing. Ramai di antara mereka telah meredah hutan Endau Rompin, Kenyir, pelbagai sungai dan lautan namun tetap mendapati Sungai Perlis sebagai sebuah destinasi eko-kembara yang cukup istimewa.
![]() |
BILA AIR CETEK APA LAGI TOLAK LA BRO |

Mereka juga mengakui yang mereka jarang dapat menangkap apa-apa ikan sekali pun di destinasi pancingan yang lain namun pertama kali menjejak kaki di Sungai Perlis hasil tangkapan cukup memuaskan.
Wednesday, May 8, 2013
TRIP KE 2 SUNGAI PERLIS 10-12 MEI 2013
InshaAllah kali ini kami akan memancing se memancing-mancingnya dan kalau diizinkan Allah dapat lah kami menangkap beberapa ikan dan dapatlah saya menayangkan gambarnya di blog ini dengan izinNYA jua.
Apa-apa pun saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami semua sepanjang trip ini dan selamat pergi dan pulang ke keluarga masing-masing selepas selesai trip dengan membawa hasil tangkapan yang baik. Semoga kami semua dapat meringankan kepala, menyegarkan tubuh badan dan bertambah produktif apabila pulang ke Negeri Sembilan nanti.
Nantikan makluman seterus saya tentang hasil Trip yang Ke-2 ini - ke Sungai Perlis yang cukup istimewa.
Sayonara dulu! Saya nak tidur...kalau dapat la, dalam kenderaan saya susah sikit nak lelap. Rindu lak kat isteri dan anak-anak...gud nite hessa n asma..
Tuesday, April 23, 2013
TRIP ABANG BAKAR & AIMIRUL KE SUNGAI PERLIS 19 -21 April 2013 : Sukses!
Trip pertama ini lebih kepada hendak memenuhi hasrat salah seorang peserta iaitu Haji Abu Bakar untuk merasai sendiri pengalaman di Sungai Perlis untuk beliau rekomen kepada rakan-rakan perniagaannya bagi suatu percutian memancing ikan kelah dan tengas di sini. Kata beliau kalau betul Sungai Perlis ni menarik maka barulah beliau hendak bawa rakan-rakannya ke sini. Oleh itu tugas saya untuk mengenalkan beliau dengan Sungai Perlis.







