En Ferhad adalah ex-banker dan merupakan pemancing tegar. Mengakui suasana di Sungai Perlis memang istimewa namun agak kecewa kerana tangkapan ikan di Sungai Perlis kali ini agak berkurangan. Hujan yang turun pada kebanyakan masa pada trip kali ini antara faktor tangkapan ikan berkurangan. En Ferhad hampir berjaya menangkap ikan kelah saiz mega, namun terlepas pula. Ini menambahkan lagi kekecewaannya. Bertekad untuk menyertai Trip yang cukup ekstrim yang wujud di Malaysia dan seanteronya yang diselenggarakan oleh Pakej Eko-Kembara Awang Ghani : TRIP SUNGAI KERAWAT.
http://mohdashi.blogspot.com/p/pakej-eko-kembara-sungai-kerawat-river.html. Kita tunggu dan lihat samada En Ferhad berjaya ke sana!
Berita terkini tentang En Ferhad (Feb 2015) : RIndu untuk ke Sungai Perlis. Mahu menyertai ekpedisi ke sana pada Feb 2015 ini. Semoga berkesempatan.
|
En Bobbi Farid (t-shirt hijau)
|
En Bobbie Farid, CEO ONEXOX:
Menurut En Bobbie beliau dibesarkan dengan suasana berlatarkan hutan hujan tropika dan sungai Pahang. Oleh itu teruja utk ke Sungai Perlis kerana rindu akan suasana belantara dan sungai hutan hujan tropika. Sangat prihatin dengan kerosakan dan pencerobohan hutan di Malaysia dan ingin melihat betapa sucinya Sungai Perlis dari pencerobahan dan kerosakan alam semulajadi akibat perbuatan manusia. Juga mahu lari dari panggilan-panggilan telefon dan komunikasi sosial media yang sentiasa menghantuinya atas posisinya sebagai boss di syarikat telco. Di Sungai Perlis dapat lari dari semua ini kerana tiada jaringan.
Yep En Bobbie antara yang paling enjoy di Sungai Perlis. Sangat menghargai masa yang diluangkan bersama belantara dan persekitaran Sungai Perlis, Bukan kaki memancing oleh itu tidak tertekan bila kurang dapat ikan. En Bobbie seorang yang suka mengkaji. Mendapati air di Sungai Perlis sangat tinggi meneral. Buktinya kata beliau sabun mandi, syampoo, ubat gigi semuanya 'dissolve' dengan cepat apabila digunakan di Sungai Perlis. Selain itu air Sungai Perlus yang sentiasa terasa selesa untuk mandi tidak kira pada tengah malam sekali pun kerana berasa agak panas juga sesuatu yang menakjubkan beliau. Mesti dikaji perkara ini katanya, bagaimana bila kita mandi tidak terasa sejuk namun bila duduk di luar Sungai terasa sejuk pula? Pelek, kata beliau.
En Bobbie merancang untuk membawa kumpulannya untuk menyertai pakej Sungai Perlis pada MAc 2015 ini. InshaAllah. Untuk pakej yang semurah ini PAKEJ-EKO KEMBARA SUNGAI PERLIS memang berbaloi-baloi kata beliau.
|
En Fendi, solat tetap solat |
En Fendi, Jimah Power Plant
En Fendi kakitangan Jimah Power Plant juga merupakan seorang kaki pancing tegar. Memang niat untuk menangkap banyak ikan di Sungai Perlis, namun kali ini kurang berhasil. Air sungai yang keruh kerana hujan berterusan tidak banyak membantu. Komennya, Sungai Perlis ya pakej kembara hutan belantara yang menyembuhkan jiwa yang kusut akibat kehidupan di kota namun kalau datang semata-mata nak dapat ikan banyak-banyak mungkin tidak kesampaian cita-cita. Apa-apa pun perkhidmatan terbaik yang diberikan oleh KRU PAKEJ EKO-KEMBARA AWANG GHANI di dalam melayani peserta cukup beliau hargai. Ini antara sebab yang beliau berminat untuk datang lagi!
|
En Khairuddin dengan kelah tangkapannya |
En Khairudin, pemilik kilang kejuruteraan di Nilai, Negeri Sembilan:
En Khairuddin adalah peserta trip yang mahu rehat dan tenangkan fikiran dari kesibukan kerja menguruskan kilangnya. Tidak begitu minat memancing hanya mahu menikmati suasana hutan belantara bersama rakan-rakan pada trip ke Sungai Perlis ini. Namun beliau cukup seronok dapat menjaring dan menjala di sini yang merupakan aktiviti yang selalui dilakukannya di kampungnya di Muar. Juga sangat menghargai keikhlasan dan perkhidmatan KRU PAKEJ EKO-KEMBARA AWANG GHANI sehingga menghadiahkan setiap seorang KRU dengan cigar yang beratus-ratus ringgit harganya tiap satu
En Khairuddin merancang untuk membawa anak-anak saudaranya dan kumpulan rakannya untuk ke Sungai Perlis inshaALLAH pada Mac, 2015. Semoga berkesempatan.
|
En Balkiah, kontraktor |
En Balkiah, Kontraktor:
En Balkiah sudah dua kali sampai di Sungai Perlis. Seorang kaki pancing dan sangat sukakan ketenangan hutan belantara. Kali ini di Sungai Perlis beliau bermaharajalela dengan rakitnya mudik ke hulu dan ke hilir. Gemarnya En Balkiah kepada Sungai Perlis tidak perlu dipersoalkan lagi. Sentiasa merancang untuk ke sini lagi walaupun baru sahaja keluar dari sana. Telah pun mengumpul beberapa rakan untuk trip ke Sungai Perlis pada Feb 2015. InshaAllah.
|
En Nizam yang kuat macam badang |
En Nizam, Jimah Power Plant:
En Nizam kakitangan Jimah Power Plant cukup terserlah tenaga dan kekuatannya di Sungai Perlis. Sesuai dengan nama syarikat beliau bekerja, beliau memang ala-ala badang dan cukup power menolak bot dan membantu melancarkan perjalanan. Juga cukup ringan tangan membantu pelbagai perkara sepanjang trip. Ya sedikit kecewa dengan hasil tangkapan ikan, namun sebagai pemancing tegar beliau juga faham ini semua rezeki dari Tuhan. Secara keseluruhan puas hati dengan trip dan yakin dengan potensi Sungai Perlis sebagai sebuah destinasi eko-kembara hutang hujan tropika yang menyegarkan jiwa.
|
En Joe, ONEXOX jatuh cinta di Sungai Perlis |
En Joe, ONEXOX:
En Joe kakitangan ONEXOX turut mengakui hakikat bahawa di Sungai Perlis apabila anda di sana buat seketika dunia hanya ada anda di sana. Ini merupakan suatu perasaan yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Untuk ini En Joe akan kembali ke sini lagi.
|
Ahli Kelab Adventure Rasah Kemayan Golf & Country Resort baru sampai ke Jeti Kampung Syukor semula setelah keluar dari Sungai Perlis |
|
Semua rasa berbaloi! |
Ahli Kelab Adventure Golf & Country Resort, Negeri Sembilan telah selamat pulang dari Sungai Perlis, Hulu Dungun. Masing-masing kembali sebok dengan kehidupan masing-masing, namun apabila bertemu sentiasa menyebut untuk kembali lagi ke Sungai Perlis. Ada yang sudah merancang ada yang sudah menetapkan tarikh. Dengan izin Allah swt Sungai Perlis akan menerima mereka semula.
MOH! KE SUNGAI PERLIS!
No comments:
Post a Comment