Beauty of mother nature mtberembun, chemerong and lansir waterfall as they claim the most beautiful waterfall in South East Asia, . #T-REC #hiking #CBL #mothernature#explore Akmal Najiy : http://facebook.com/AKMAL.NAJIY .
|
Akmal Najiy bersama ahli T-REC di Air Terjun Chemerong |
Itulah komen dari Akmal Najiy yang menyertai Pakej Eko-Kembara Pendakian Gunung Berembun, Air Terjun Chemerong dan Air Terjun Lansir pada 27-29 Sept 2013 bersama 38 lagi peserta dari T-Rec Recreation Club (T-REC) UiTM Bandaraya Melaka. Akmal adalah pengerusi kelab tersebut.
Akmal bersama ahli-ahli T-REC telah sampai di Hutan Lipur Chemerong, Hulu Dungun, Terengganu pada jam 3 pagi lebih dan telah mula mendaki Gunung Berembun pada jam 4 pagi. Sampai di puncak Gunung Berembun jam 2 tengahari dan setelah berehat dan makan bertolak ke Air Terjun Lansir. Kumpulan ini kemudiannya bermalam di tepian Air Terjun Lansir yang keindahannya membuatkan anda teringat akan kebesaran Allah swt.
Pada hari kedua kumpulan ini bergerak semula turun ke Air Terjun Chemerong. Di sini para peserta bergembira mandi-manda di kolam Air Terjun Chemerong yang saiznya maha besar. Kumpulan bergerak semula ke pintu masuk Hutan Lipur Chemerong dan bertolak pulang ke Melaka semula pada jam 5 petang.
|
Ahli-ahli T-Rec bersama krew kami (berbaju t-shirt merah) setelah selesai pakej dengan rasa gembiranya! |
Pakej Eko-Kembara Awang Ghani mengucapkan tahniah kerana kesemua peserta T-REC telah berjaya menghabiskan pendakian dengan begitu cekap sekali. Krew kami kagum sebenarnya dengan kepantasan dan kecekalan anak-anak muda ini. Sebenarnya ahli-ahli T-REC UiTM Bandaraya Melaka ini adalah antara peserta yang begitu cekap menghabiskan pendakian. Memang mereka T-REC yang hebat!!
|
Ahli-ahli T-Rec yang baru sampai di Melaka setelah pulang dari Hulu Dungun, Terengganu. |
Kami harap dapat berjumpa lagi dengan anak-anak muda yang hebat-hebat ini! Buat masa ini tekunlah belajar dan bila cuti datang lagi ke Hulu Dungun, Terengganu ya!
SYABAZZ T-REC!
No comments:
Post a Comment