Senarai Pakej

SENARAI PAKEJ YANG DITAWARKAN ** LIST OF PACKAGES OFFERED:

1.Pakej Eko-Kembara Sungai Perlis, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 3 hari 2 malam dan 4 hari 3 malam **River Perlis Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 3 days 2 nights and 4 days 3 nights package

Gambar Sungai Perlis

2.Pakej Eko-Kembara Sungai Kerawat, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 4 hari 3 malam** River Kerawat Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 4 days 2 nights package.

Gambar Sungai Kerawat

Pakej Gunung BErembun

3.Pakej Eko-Kembara Gunung Berembun, Air Terjun Chemerong & Air Terjun Lansir, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 2 hari 2 malam** Mount Berembun, Chemerong & Lansir Waterfalls Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 2 days and 2 nights package.

Picture Gunung Berembun

marquee



TRIP PAKEJ EKO-KEMBARA AWANG GHANI YANG SETERUSNYA : KEMBARA SUNGAI PERLIS PADA FEBRUARI 2015! ** AWANG GHANI'S ECO-ADVENTURE NEXT TRIP : SUNGAI PERLIS ADVENTURE IN FEBRUARY 2015! HUBUNGI/CONTACT MOHD ASHIK +6010-6150000/mohdashiku@gmail.com Blogger Tips and Tricks

MUKADIMAH ** HOW DID IT ALL BEGIN

Saya (Mohd Ashik) singgah di Kampung Syukor, Hulu Dungun, Terengganu  pada Feb, 2013 untuk berjumpa dengan rakan seperjuangan Awang Ghani yang sama-sama pergi berkursus di Jepun beberapa tahun dahulu untuk bincang hal perniagaan.  Kemudiannya, Awang Ghani anak jati Kg Syukur membawa saya naik bot di jeti belakang rumahnya menyusuri Sungai Dungun sehingga ke Sungai Perlis selama 4 jam lamanya.  


Mohd Ashik berjalan ke jeti di belakang rumah Awang Ghani untuk ke Sungai Perlis

Bot di jeti di belakang rumah Awang Ghani

Mohd Ashik (berbaju tshit putih) bersama Awang Ghani (tidak berbaju, berambut putih) dalam perjalanan ke Sungai Perlis.
Sepanjang perjalanan saya terkesima dengan suasana sungai yang segar dan sunyi dilitupi hutan hujan tropika penuh  kehijauan namun terasa mesranya menyambut saya hadir ke tempatnya.




Sampai di salah sebuah tapak perkhemahan di Sungai Perlis, kami pasang khemah dan  mula menjala ikan.  Masuk waktu malam Awang Ghani bawa saya ikut dia berburu di dalam hutan yang berdekatan.  Awang Ghani memang pakar dalam hal ehwal kehidupan hutan. Sedari kecil sudah biasa keluar masuk hutan hujan tropika di belakang rumahnya, hutan menjadi sebahagian yang sangat penting dalam kehidupannya.  Kami dapat  kijang rezeki dari tuhan.  Keesokkan hari dapat pula kelah, tengas dan beberapa jenis ikan lain ada yang  lebih besar dari lengan!  

Puas saya makan daging kijang dan ikan panggang.  Puas saya mandi dan mendengar deruan sungai, puas saya mendengar bunyi-bunyian  dari haiwan dan binatang yang tinggal berdekatan,  puas saya menghirup udara segar dan menjamu mata melihat alam sekitar yang kehijauan, puas saya mendongak ke langit di waktu malam melihat bintang-bintang yang di sana terangnya tidak terbanding Awang Ghani pun membuat cadangan.  Kata Awang Ghani "mu tolonglah aku promote tempat ni, bawa orang KL mari sini,  tempat macam ni dah tak da dah kat Terengganu ni..  semua dah banyak rosak sebab pembalakan, bawa lah orang mari tengok tempat ni.  Boleh juga tolong orang-orang kampung tambah aktiviti " kata Awang Ghani. Saya berfikir-fikir. 

Saya pulang ke Seremban.  Berfikir-lagi.  Sungai Perlis memang terlalu banyak tawarannya. Ada berjenis-jenis ikan, kayu-kayan, sungainya indah, jernih, hutannya mesra dan menyegarkan.  







Saya kemudiannya  membuat keputusan untuk cuba mengenalkan Sungai Perlis kepada ahli keluarga terdekat dahulu.  Trip bersama keluarga terdekat berjaya. 


Aimirul anak saudara yang dibawa ke Sungai Perlis.

Abang Bakar, biras mengikuti ekpedisi ke Sungai Perlis.
Maka saya pun bertekad untuk meneruskan trip ini bagi mengenalkan  Sungai Perlis kepada individu-invidu yang bertuah berpeluang menikmati khazanah alam yang kita tidak tahu berapa lama ianya mampu menawarkan dirinya sebagai tempat beriadah untuk manusia.  Kita memang sedia maklum kawasan hutan sentiasa terbuka untuk kemungkinan kerosakan akibat aktiviti ekonomi seperti pembalakan. 

Sungai Perlis sarat dengan khazanah alam yang menyihatkan tubuh badan serta sangat istimewa sebagai sebuah lokasi rehat berteraskan alam semulajadi yang berkonsep eko-kembara yang aman dan selamat. Selama ini Sungai Perlis hanya banyak diterokai oleh penduduk tempatan  kerana hanya mereka yang ada kepakaran untuk meneroka dan menikmati apa yang ditawarkan di sini.   Kini sudah tiba masanya Sungai Perlis dinikmati bukan sahaja oleh penduduk tempatan tetapi juga kita semua yang perlukan alam untuk menyegarkan akal dan tubuh badan. Lagi pun saya pun sudah mula jatuh sayang pada Sungai Perlis dan mahu sering ke sini bersama famili. Maka elok juga saya membuat pakej bekerjasama dengan Awang Ghani untuk membawa orang ramai ke sini. Dengan syarat - khazanah alam di Sungai Perlis kita nikmatilah tanpa merosakkan khazanah itu sendiri. Awang Ghani cukup setuju sekali.







Berbincang-bincang lagi dengan Awang Ghani hero Kg Syukor ini akhirnya kami membuat keputusan untuk bukan sahaja membawa orang ramai ke Sungai Perlis tetapi juga melengkapkan pakej dengan membawa peserta ke lokasi-lokasi di Hulu Dungun yang sesuai dengan konsep eko-kembara seperti di Sungai Kerawat, Gunung Berembun, Air Terjun Chemerong dan sebagainya.  Kami kemudiannya menamakan pakej kami sebagai  PAKEJ EKO-KEMBARA AWANG GHANI.  

Setakat ini ada tiga pakej eko-kembara di bawah Pakej Eko-Kembara Awang Ghani ini iaitu:

1. PAKEJ EKO-KEMBARA SUNGAI PERLIS, HULU DUNGUN, TERENGGANU
2. PAKEJ EKO-KEMBARA SUNGAI KERAWAT, HULU DUNGUN, TERENGGANU
3. PAKEJ EKO-KEMBARA PENDAKIAN GUNUNG BEREMBUN, AIR TERJUN CHEMERONG DAN AIR TERJUN LANSIR.

Saya sertai sebuah pantun suka-suka untuk mengisahkan pengembaraan saya di Sungai Perlis yang menjadi titik mula saya dan Awang Ghani bergabung untuk memulakan Pakej Eko-Kembara Awang Ghani ini.

PANTUN SUNGAI PERLIS 

Sungai Perlis nama diberi
tempatnya hulu, sunyi tidak terperi
khazanah alamnya masih jarang diterokai
hanya yang bertuah dapat singgah mengecap nikmat alam kurniaan Ilahi

Mahu ke sini tak boleh sendiri-sendiri
kena berteman jurupandu yang pakar tentang tempat ini
bila dah sampai  baru tahu kenapa mesti datang ke sini
suasana alamnya sungguh luarbiasa dan mendamaikan hati

Kelah, tengas dan sebarau masih banyak terdapat di sini
saiznya besar menggiurkan sekali
kaki pancing pasti senang hati
melawan kelah sampai berpeluh dahi!

Berkhemah, mandi sungai, ambil gambar dan memanggang
masuk hutan, berburu dan tengok bintang di waktu malam
kaki pancing boleh saja pancing  ikan sampai 24 jam
kalau ada rezeki dapat merasa Sungai Perlis punya kijang

Tinggalkan Mekah mendapat lambaian kaabah
tinggalkan  Sungai Perlis  hati dan tubuh badan terasa kebah
bawalah keluarga, rakan-rakan dan taulan
ke Sungai Perlis untuk bersatu dengan alam

oleh Mohd Ashik.....Mac 2014

Untuk maklumat lanjut tentang Pakej kami sila klik di ruangan-ruangan berkenaan di blog ini.


JOM SERTAI KAMI!   Terimakasih!

No comments:

Post a Comment