Pusat pengurusan pakej terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Manakala pusat operasi terletak di Kampung Syukor, Hulu Dungun, Terengganu (sebuah kampung di dalam daerah Pasir Raja, Terengganu).
Pakej Eko-Kembara Awang Ghani mengambil sempena nama Awang Ghani anak jati Kampung Syukor yang merupakan pencetus idea untuk mengwujudkan sebuah pakej pelancongan eko-kembara di berlatarkan hutan hujan tropika di daerah Hulu Dungun, Terengganu. Daerah ini sarat dengan khazanah alam semulajadi seperti sungai-sungai, lubuk-lubuk air ikan tawar bertahap mega, gunung dan air terjun yang menzahirkan sebuah kawasan makmal flora dan fiona semulajadi tidak berdinding, beratapkan langit, berlantaikan unit yang terlalu banyak tawarannya kepada semua manusia.
Awang Ghani mahu berkongsi kepakaran dirinya dan anak-anak kelahiran Kampung Syukor tentang khazanah hutan hujan tropika yang menjadi latar belakang kampung mereka dengan masyarakat ramai.
Dengan itu lahirlah Pakej Eko-Kembara Awang Ghani yang menawarkan pakej-pakej berikut:
1.Pakej Eko-Kembara Sungai Perlis, Hulu Dungun, Terengganu
2.Pakej Eko-Kembara Sungai Kerawat, Hulu Dungun, Terengganu
3.Pakej Eko-Kembara Pendakian Gunung Berembun , Air Terjun Chemerong dan Air Terjun Lansir, Hulu Dungun, Terengganu
Individu untuk dihubungi bagi sebarang pertanyaan tentang Pakej Eko-Kembara Awang Ghani:
Alamat syarikat dan pejabat pengurusan:
No comments:
Post a Comment