Senarai Pakej

SENARAI PAKEJ YANG DITAWARKAN ** LIST OF PACKAGES OFFERED:

1.Pakej Eko-Kembara Sungai Perlis, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 3 hari 2 malam dan 4 hari 3 malam **River Perlis Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 3 days 2 nights and 4 days 3 nights package

Gambar Sungai Perlis

2.Pakej Eko-Kembara Sungai Kerawat, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 4 hari 3 malam** River Kerawat Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 4 days 2 nights package.

Gambar Sungai Kerawat

Pakej Gunung BErembun

3.Pakej Eko-Kembara Gunung Berembun, Air Terjun Chemerong & Air Terjun Lansir, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 2 hari 2 malam** Mount Berembun, Chemerong & Lansir Waterfalls Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 2 days and 2 nights package.

Picture Gunung Berembun

marquee



TRIP PAKEJ EKO-KEMBARA AWANG GHANI YANG SETERUSNYA : KEMBARA SUNGAI PERLIS PADA FEBRUARI 2015! ** AWANG GHANI'S ECO-ADVENTURE NEXT TRIP : SUNGAI PERLIS ADVENTURE IN FEBRUARY 2015! HUBUNGI/CONTACT MOHD ASHIK +6010-6150000/mohdashiku@gmail.com Blogger Tips and Tricks

Tuesday, October 1, 2013

TRIP P.I.N.G.A.T KE SUNGAI KERAWAT - 20-23 SEPTEMBER 2013: KAMI AKAN DATANG LAGI LUBUK KERAWAT !

Mengapa kami akan datang lagi??   Kerana kami TIDAK BERJAYA MENAWAN LUBUK KERAWAT!!! Ya kami mengaku kami gagal dalam cubaan pertama ini. 

Lubuk Kerawat yang menjadi idaman kaki pancing ikan air tawar tegar
Apa yang terjadi???? Diperjelaskan:

Pakej Eko-Kembara Sungai Kerawat mempunyai tujuan akhir yang ulung iaitu untuk  membawa para peserta sampai ke LUBUK KERAWAT yang merupakan LUBUK yang menyimpan ikan-ikan sungai air tawar yang bersaiz TROFI. Lubuk sepanjang 1 km ini menyimpan bermacam jenis ikan. Kelah, Toman dll yang beratnya  menjangkau 10 kg dan lebih, Toman boleh menjangkau 30kg.  Itulah tarikannya di sini sehingga ramai yang sanggup  untuk berjalan sehingga 8 jam menyusuri Sungai Kerawat untuk sampai ke LUBUK KERAWAT,  SYURGA pemancing ikan air tawar tegar di Malaysia.

Para peserta daripada kumpulan P.I.N.G.A.T, eko-kembara junkie dan pemancing tegar  yang bersiap sedia memulakan pengembaraan dari Kubu Mat Kilau, Hulu Dungun.

Krew Pakej Eko-Kembara Awang Ghani selalu membawa para peserta untuk  ke Lubuk Kerawat melalui hulu Sungai Perlis, Hulu Dungun. Dari sini para peserta akan mengambil jangkamasa lebih kurang 6 jam untuk sampai ke Lubuk Kerawat.   Namun jambatan yang menjadi penyambung jalan telah rosak.  Oleh itu jalan mengikut  arah ini ini tidak dapat digunakan. Alternatifnya Pakej Eko-Kemabra Awang Ghani mengambil seorang jurupandu dari Kg Pasir Raja, Hulu Dungun untuk membawa para peserta mengikut jalan dari Kubu Mat Kilau  berjalan masuk ke Sungai Kerawat.   Mengikut beliau jalan dari arah ini juga mengambil jangkamasa 8 jam perjalanan untuk sampai ke Lubuk Kerawat. Namun indah khabar dari berita.

Perjalanan hari pertama dari Kubu Mat Kilau bermula seawal 9:30 pagi dan akhirnya kerana tidak sampai-sampai juga di Lubuk Kerawat makan kami berkhemah dan bermalam di hulu Sungai Kerawat.  Hari kedua perjalanan disambung lagi pada jam 8:30 pagi untuk ke Lubuk Kerawat. Setelah 3 jam sampai di Jeram Atas, Sungai Kerawat.   Sampai di sini kerana keletihan majoriti peserta membuat keputusan untuk berhenti setakat di Jeram Atas sahaja. Tiga peserta yang masih gagah membuat keputusan untuk meneruskan lagi ke Lubuk Kerawat yang dijangkakan mengambil masa 2-3 jam perjalanan lagi.   Namun takdir telah menentukan untuk kami semua datang semula ke sini.  Tiga peserta tersebut  telah terserempak dengan seekor harimau yang sedang meneguk air di tepi sungai!!!



ARRKK!! Terperanjat sehingga hampir terkaku akhirnya tiga peserta tersebut berjaya cabut lari setelah mendengar dua kali ngauman pak belang Malaya itu.  Mereka kembali semula ke Jeram Atas.  Semua akhirnya akur bahawa tidak ada sesiapa pun yang akan sampai ke Lubuk Kerawat pada trip kali ini.  Maka segala aktiviti memancing, memukat dll di lakukan di Jeram Atas sahaja.   



Hari ketiga kami berjalan balik semula ke Kg Syukor.  Dan syukor alhamdulillah kami sampai semula di Kg Syukor, Hulu Dungun pada jam 9:00 malam dan para peserta  bertolak pulang ke Kuala Lumpur semula.   Saya yakin para peserta  dari kumpulan P.I.N.G.A.T ini kecewa kerana gagal untuk sampai ke Lubuk Kerawat. Kepenatan yang teramat sangat bercampur dengan kekecewaan terpancar di wajah setiap peserta.  Kami dari Pakej Eko-Kembara Awang Ghani juga terkilan.  Namun ini bukan penyudahannya!!

Awang Ghani, ketua Pakej Eko-Kembara Awang Ghani akan merentas dan meredah  hutan belantara semula untuk mencari jalan baru ke Lubuk Kerawat. Jalan yang membolehkan para peserta mengambil masa lebih kurang  6 jam untuk ke sana.  Jalan yang bak kata Awang Ghani orang-orang KL pun boleh lepas ke Lubuk Kerawat tanpa perlu rasa taubat untuk ke sana lagi.

Memang sesiapa yang telah sampai ke Lubuk Kerawat selalu mengatakan yang pengalaman ke sana adalah pengalaman sekali seumur hidup kerana kesusahan untuk sampai ke sana.  Maka Awang Ghani akan menjalankan  usahanya dan inshaALLAH P.I.N.G.A.T akan datang kembali ke Kg Syukor, Hulu Dungun untuk masuk semula ke SUNGAI KERAWAT dan sampai ke LUBUK KERAWAT inshaALLAH di dalam masa terdekat ini.  

Kumpulan P.I.N.G.A.T bran!  ANDA BRAN untuk menyertai mereka ke LUBUK KERAWAT seperti mereka??? MOH! 

No comments:

Post a Comment