Senarai Pakej

SENARAI PAKEJ YANG DITAWARKAN ** LIST OF PACKAGES OFFERED:

1.Pakej Eko-Kembara Sungai Perlis, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 3 hari 2 malam dan 4 hari 3 malam **River Perlis Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 3 days 2 nights and 4 days 3 nights package

Gambar Sungai Perlis

2.Pakej Eko-Kembara Sungai Kerawat, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 4 hari 3 malam** River Kerawat Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 4 days 2 nights package.

Gambar Sungai Kerawat

Pakej Gunung BErembun

3.Pakej Eko-Kembara Gunung Berembun, Air Terjun Chemerong & Air Terjun Lansir, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 2 hari 2 malam** Mount Berembun, Chemerong & Lansir Waterfalls Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 2 days and 2 nights package.

Picture Gunung Berembun

marquee



TRIP PAKEJ EKO-KEMBARA AWANG GHANI YANG SETERUSNYA : KEMBARA SUNGAI PERLIS PADA FEBRUARI 2015! ** AWANG GHANI'S ECO-ADVENTURE NEXT TRIP : SUNGAI PERLIS ADVENTURE IN FEBRUARY 2015! HUBUNGI/CONTACT MOHD ASHIK +6010-6150000/mohdashiku@gmail.com Blogger Tips and Tricks

Tuesday, April 23, 2013

TRIP ABANG BAKAR & AIMIRUL KE SUNGAI PERLIS 19 -21 April 2013 : Sukses!

Alhamdulillah saya sudah selamat pulang dari Trip Eko-Kembara Sungai Perlis yang berlangsung pada 19 April - 21 April 2013.  Saya telah membawa 3 orang peserta ke trip pertama kelolaan saya ini.

Trip pertama ini lebih kepada hendak memenuhi hasrat salah seorang peserta iaitu  Haji Abu Bakar untuk merasai sendiri pengalaman di Sungai Perlis untuk beliau  rekomen kepada rakan-rakan perniagaannya bagi suatu percutian memancing ikan kelah dan tengas di sini.   Kata beliau kalau betul Sungai Perlis ni menarik maka barulah beliau hendak bawa rakan-rakannya ke sini.  Oleh itu tugas saya untuk mengenalkan beliau dengan Sungai Perlis.



Ini lah  dia Hj Abu Bakar, umur 68 tahun! Masih bersemangat untuk mengembara!   Ni dia sedang bertafakur melihat jernehnya air di Sungai Pelis.  Pada masa ni dia sudah pun membuat keputusan untuk bawa rakan-rakannya ke sini!


 Ini pula peserta yang lain - Amz Amirul!  Yang enjoy giler di sini. 

Kami bertolak dari Semenyih, Selangor jam 5 pagi  pada 19 April, 2013  (Jumaat) dan sampai di Rest House Pasir Raja, Hulu Dungun lebih kurang jam  3 petang.   Kami singgah sembahyang Jumaat semua jadi agak lambat sampai di Rest House. Malam pertama di Pasir  Raja kami tidur dengan nyenyak di Rest House.  Sejuk bukan main di sini.  Berkabus sampai tak nampak benda!



Ini dia Rest House, Pasir Raja!  Bersih, harga pun murah  - RM60 sebilik.  Bilik dorm RM10 sekatil.  Ada dorm lelaki dan perempuan. 18 katil setiap dorm.


Sebelum bertolak ke Sungai Perlis, minum pagi dulu di Kedai Minum di Kg Syukur yang menyediakan nasi dagang yang sedap!




Jam sepuluh lebih pagi, masih berkabus di sini! Yang bukit tu adalah Banjaran Timur.

Mengikut itineri kembara  pada malam kedua di sini kami akan bermalam di kawasan perkhemahan istimewa di tepi Sungai Perlis dan aktiviti memukat ikan dijalankan untuk memukat kelah dan tengas.  Namun Hj Abu Bakar menyatakan tidak perlu bermalam di tepi Sungai Perlis kerana dia hanya mahu melihat tempat sahaja bagi melihat kesesuaian untuk membawa rakan-rakannya yang lain datang ke sini.   Oleh itu semua bersetuju untuk pergi balik hari  sahaja ke Sungai Perlis dan aktiviti memukat ikan kelah dan tengas akan di tangguhkan hingga ke trip yang seterusnya.

Pada jam 8 pagi, 20 April, 2013  (Sabtu) kami memulakan kembara ke Sungai Perlis dari jeti di belakang rumah jurupandu  - Awang Ghani di Kampung Syukur

Saya memulakan langkah kembara ke Sungai Perlis.





Memang mencabar untuk sampai ke destinasi lubuk ikan kelah dan tengas kerana beberapa kali kami perlu turun dari perahu dan menolak perahu kerana ada di beberapa tempat airnya agak cetek kerana timbunan pasir.






Menyaksikan para jurupandu menyelam dan menembak ikan di dasar air memang suatu pengalaman yang 
luarbiasa.  Senang sahaja mereka dapat menembak ikan dan menyediakan lauk untuk makanan tengahari kami.







Lepas makan hati pun senang. Lepak sekejap dengan Awang Ghani, jurupandu anak jati Kg Syukur yang cukup cekap hal ehwal sungai dan hutan.  

 

Ini pula antara berpuluh-puluh lubuk lubuk-lubuk ikan kelah dan tengas yang ada di Sungai Perlis yang digilai kaki Pancing.


Lubuk Jongok

Lubuk Petai

Lubuk Cengkawan

Kami sempat pergi memotong cengal untuk di bawa pulang ke Seremban untuk pembeli  yang menunggu kayu di Seremban. Sesiapa hendak beli cengal, merbau, seraya kitang sila hubungi saya.








Kami bertolak pulang ke jeti  Kampung Syukur setelah jam masuk pukul 4 petang.   Sampai di Rest House semula hari sudah senja.  





Malam mahu barbeque ikan di hadapan Rest House namun syukur  mendapat jemputan makan malam dari  keluarga Awang Ghani (salah seorang jurupandu) Maka kami dengan rasa bersyukur menikmati makan malam yang sedap bercicah budu di rumah beliau.

Keesokkan hari selepas subuh kami terus bertolak pulang ke Semenyih/Seremban.  Para peserta tekad  untuk datang semula untuk membawa rakan-rakan masing-masing ke sini untuk  menawan kelah dan tengas dan menikmati satu pengalaman kembara istimewa di Sungai Perlis, Pasir Raja.

Hj Abu Bakar berfikir mungkin mahu menggunakan perkhidmatan helikopter bagi membawa rakan-rakannya ke sini.  Memang sudah ada beberapa pengunjung ynag menggunakan helikopter untuk ke sini dan bagi membawa peralatan memancing dan perkhemahan  Apa-apa pun inshaAllah akan ada satu trip lagi untuk Hj Abu Bakar dan rakan-rakannya ke Sungai Perlis selepas PRU 13.

Ni beberapa gambar kecantikkan Sungai Perlis untuk tatapan anda!  Mari lah ke Sungai perlis untuk berendam di dalam sungainya dan makan ikan-ikannya!   Saya ada buat slide show juga untuk tatapan semua.

















Berita Baik! Trip seterusnya yang sedang dirancang adalah pada 10 - 13 May 2013 (Jumaat ke Isnin).  Sekiranya anda mempunyai tarikh tertentu samada lebih awal dari tarikh trip ke-2 dan sebagainya kami akan memenuhinya.  Sila hubungi saya untuk menyertai.  Mohd Ashik  - 0126242760

No comments:

Post a Comment