Para peserta mula menaiki bot seawal jam 8:30 pagi memasuki Sungai Perlis dan mula memasang khemah di tepian Lubuk Goback pada jam 12:30 tengahari. Lubuk Goback mendapat nama dari kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang pelancong berbangsa Inggeris yang bertanya kepada guide dari Kg Syukor samada mahu go atau back semula ke Kg Syukor setelah sampai di lubuk tersebut.
Sepanjang 3 hari di Sungai Perlis para peserta bergembira mandi-manda, makan minum ikan sungai, memukat, menjaring, memancing semuanya aktiviti yang menyegarkan badan dan fikiran.
Yang pasti semua enjoy dan segar hati dan fikiran setelah berehat dan menikmati apa yang ditawarkan oleh Sungai Perlis yang mistik namun menteramkan ini.
Esther, 50 an salah seorang peserta yang sudah menawan setiap gunung di Malaysia berkata walaupun dia sudah banyak menyertai aktiviti eko-kembara namun Sungai Perlis tetap memikat hatinya dengan keistimewaannya yang tersendiri. Uncle Vellu, 60-an pula berkata Sungai Perlis sesuai untuk seisi keluarga dan beliau merancang untuk datang semula ke sini membawa keluarganya. Di sini walaupun di tengah hutan belantara namun keselamatan terjaga katanya. We shall wait for you and your family, Uncle Vellu.
Komen dari Ketua Opus Sports and Recreational Club: MOHD NIZAM ZAMBARI : https://www.facebook.com/nijaam?hc_location=stream : SUNGAI PERLIS MEMANG MEGA!!!
Kami dari PAKEJ EKO-KEMBARA AWANG GHANI mengucapkan jutaan terimakasih di atas penyertaan ahli-ahli kelab dan berasa berbangga dapat berkhidmat untuk mereka semua sepanjang mereka berada di Sungai Perlis. Terimakasih daun keladi, harap datang lagi!
Ini wajah-wajah para peserta dari Syarikat Opus Group Berhad hanya di SUNGAI PERLIS, HULU DUNGUN! |
No comments:
Post a Comment