1. KETUA KREW ** CHIEF CREW: SENSEI ** MASTER AWANG GHANI (THE LAST OF MOHICANS OF KAMPUNG SYUKOR)
- Awang Ghani anak jati dan hero Kg Syukor, Hulu Dungun, Terengganu mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam tentang hal ehwal hutan hujan tropika. Menghabiskan begitu banyak masa dengan aktiviti perhutanan di sepanjang hidupnya dan sehingga kini masih terus meneroka khazanah alam semula jadi atas ketaksubannya dengan khazanah ini.
- Awang Ghani bakal menawarkan anda dengan satu perkhidmatan yang cukup menyakinkan dan memuaskan di sepanjang trip anda. Anda bukan sahaja akan belajar banyak perkara darinya anda juga akan terkesima dengan pengalaman unik dan luarbiasanya dengan para penghuni hutan hujan tropika yang menjadi latar belakang kawasan kampungnya.
- Mengenali Awang Ghani anda akan disematkan dengan kenangan menarik di dalam kehidupan anda. Beliau sangat berlemah lembut namun sangat tegas dan berani sehingga penghuni hutan seperti gajah pun boleh berlalu segan apabila berhadapan dengannya.
- Sudah sekian lama menjadi jurupandu untuk kegiatan eko-kembara di kawasan Hulu Dungun, Terengganu, kini mengusahakan pakej eko-kembaranya sendiri untuk manfaat ekonomi penduduk kampung dan bagi memberi peluang masyarakat ramai untuk menikmati apa yang ditawarkan oleh Hutan Hujan Tropika yang cukup sebati dengan dirinya.
- Tengku Ibrahim adalah individu yang paling arif tentang eko-sistem dan keadaan Sungai Perlis. Sepanjang hidupnya keluar masuk ke Sungai Perlis rahsia Sungai Perlis banyak berada di dalam poketnya. Adalah sangat beruntung mendapat Tengku Ibrahim sebagai jurupandu ke Sungai Perlis kerana kepakarannya tentang daerah ini membuatkan para peserta terasa selamat meneroka Sungai Perlis. Tiada individu lain yang sepakar beliau tentang selok-belok di Sungai Perlis.
- Tengku Ibrahim yang bukan saja pakar di dalam hal ehwal sungai dan kehidupan hutan beliau juga pakar membuat sampan. Telah menghasilkan beratus sampan untuk kegunaan tempatan dan luar negeri Terengganu. Beliau merupakan individu yang terakhir di Terengganu yang masih mengusahakan pembuatan sampan jenis tradisional di negeri tersebut.
- Mempunyai lebih 40 tahun pengalaman sebagai jurupandu di Sungai Perlis. Seorang yang cukup bertanggungjawab dan berhemah dengan para pengunjung.
- Merupakan individu yang menjadi sumber rujukan Jabatan Perhutanan dan Perikanan Negeri tentang hal ehwal
eko-sistem di Sungai Perlis.
3. TENGKU ZAMANI
Tengku Zamani (Mani) |
- Anak jati Kg Syukor yang cukup berpengalaman di dalam bidang eko-kembara dan telah menjadi jurupandu untuk pelbagai kegiatan eko-kembara di kawasan Hulu Dungun sejak sekian lama.
- Merupakan seorang tukang kayu yang cukup mahir. Antara hasil pertukangan kayu yang dikeluarkan oleh beliau : hulu dan sarung parang daripada kayu dan tanduk dan pelbagai pembinaan rumah kayu.
- Arif di dalam penggunaan flora dan fauna hutan hujan tropika untuk perubatan dan kesihatan.
- Pakar menyelam sambil menembak ikan.
- Jurupandu yang senantiasa tersenyum dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan perjalanan trip lancar dan selamat.
Tengku Jamaruddin Zakaria (Din)
|
5. ZAKARIA aka YAYA aka SMEAGOL
Zakaria (Yaya) aka SMEAGOL |
- Pakar perhutanan, menjadi sumber rujuk utama oleh pelbagai pihak di daerah untuk hal ehwal kayu-kayan di dalam hutan hujan tropika.
- Pakar merentas dan mengenaplasti denai dari suatu kawasan ke kawasan yang lain di seluruh kawasan hutan simpan kekal.
- Pakar di dalam ilmu kayu kayan di hutan hujan tropika dan penggunaan flora dan fauna sebagai perubatan dan untuk kesihatan.
- Merupakan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri selama 15 tahun antara tugasan utama untuk mengukur jumlah dan jenis kayu kayan di sesebuah kawasan di hutan simpan kekal.
- Pakar urutan tradisonal.
- Seorang jurupandu yang ceria, mudah mesra dengan para peserta, cukup senang memberi bantuan dan berkongsi kepakaran beliau dengan para peserta.
Krew Pakej Eko-Kembara Awang Ghani sangat prihatin akan hal ehwal para peserta dan sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada mereka. Setakat ini para peserta Pakej Eko-Kembara Awang Ghani sangat berpuas hati dengan krew dan menghargai perkhidmatan yang diberikan. Anda akan berasa gembira mengenali mereka, inshaALLAH.
No comments:
Post a Comment