Para peserta yang semuanya merupakan eko-kembara junkie. Singgah minum sebelum sampai di Hulu Dungun |
Para peserta Trip Ke-2 ini bukan calang-calang orang. Semua sangat berpengalaman di dalam bidang kembara hutan dan expedisi memancing. Ramai di antara mereka telah meredah hutan Endau Rompin, Kenyir, pelbagai sungai dan lautan namun tetap mendapati Sungai Perlis sebagai sebuah destinasi eko-kembara yang cukup istimewa.
BILA AIR CETEK APA LAGI TOLAK LA BRO |
Mereka juga mengakui yang mereka jarang dapat menangkap apa-apa ikan sekali pun di destinasi pancingan yang lain namun pertama kali menjejak kaki di Sungai Perlis hasil tangkapan cukup memuaskan.
Masak cuka resepi orang Perak yang cukup pergh!!! Sodap makan kolah masak cuko! |
Kali ini para peserta juga cukup bertuah. Ketika menaiki bot untuk ke Sungai Perlis telah terlanggar dengan satu pasangan tapir yang sedang berendam di dalam sungai. Tapir terkejut dan melarikan diri ke hutan. Dapatlah para peserta melihat tapir dengan mata kepala mereka sendiri. Juga dapat melihat beberapa haiwan yang tidak pernah dilihat selama ini. Juga pengalaman mencari telur labi-labi di tepi Sungai Perlis.
Secara keseluruhannya para peserta berpendapat bahawa Sungai Perlis adalah destinasi cukup lengkap untuk berehat, menenangkan fikiran. Ironi kerana kita tahu di sekeliling adalah habitat haiwan liar seperti harimau, gajah dan sebagainya namun kita tetap berasa inilah kawasan yang paling selamat untuk kita berada.
Pakej Eko-Kembara Awang Ghani mengucapkan jutaaan terimakasih kepada para peserta yang sangat berani menyahut jemputan untuk meneroka Sungai Perlis. Sebagaimana mereka semua sangat menghargai pengalaman di Sungai Perlis, Sungai Perlis juga gembira menerima kehadiran mereka. InshaALLAH bulan September nanti kita berkumpul lagi kali ini Sungai Kerawat nantikan ketibaan kami!
Masuk ke dunia Sungai Perlis, keluar ke dunia realiti, semua mahu pergi lagi!
No comments:
Post a Comment