Senarai Pakej

SENARAI PAKEJ YANG DITAWARKAN ** LIST OF PACKAGES OFFERED:

1.Pakej Eko-Kembara Sungai Perlis, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 3 hari 2 malam dan 4 hari 3 malam **River Perlis Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 3 days 2 nights and 4 days 3 nights package

Gambar Sungai Perlis

2.Pakej Eko-Kembara Sungai Kerawat, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 4 hari 3 malam** River Kerawat Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 4 days 2 nights package.

Gambar Sungai Kerawat

Pakej Gunung BErembun

3.Pakej Eko-Kembara Gunung Berembun, Air Terjun Chemerong & Air Terjun Lansir, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 2 hari 2 malam** Mount Berembun, Chemerong & Lansir Waterfalls Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 2 days and 2 nights package.

Picture Gunung Berembun

marquee



TRIP PAKEJ EKO-KEMBARA AWANG GHANI YANG SETERUSNYA : KEMBARA SUNGAI PERLIS PADA FEBRUARI 2015! ** AWANG GHANI'S ECO-ADVENTURE NEXT TRIP : SUNGAI PERLIS ADVENTURE IN FEBRUARY 2015! HUBUNGI/CONTACT MOHD ASHIK +6010-6150000/mohdashiku@gmail.com Blogger Tips and Tricks

PAKEJ EKO-KEMBARA SUNGAI PERLIS ** RIVER PERLIS ECO-ADVENTURE PACKAGE


ALAMILAH SENSASI, KEBEBASAN DAN KETENANGAN SEJATI DI SUNGAI PERLIS YANG KEKAL SUCI DAN ASLI  
** EXPERIENCE SENSATION, FREEDOM AND PEACE AT THE PRISTINE AND PURE RIVER PERLIS
TERDAPAT DUA JENIS PAKEJ : A) PAKEJ 3 HARI 2 MALAM DAN B) 4 HARI 3 MALAM
** THERE ARE TWO TYPES OF PACKAGE : A) 3 DAYS AND 2 NIGHTS  AND B) 4 DAYS AND 3 NIGHTS PACKAGE


Mohd Noor's family at River Perlis.

1. DESTINASI ** DESTINATION  : Sungai Perlis ** River Perlis, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia

2. INFO TENTANG SUNGAI PERLIS  :  Sungai Perlis adalah salah satu sungai yang menjadi punca kepada Sungai Dungun di Terengganu. Ketamadunan yang paling hampir dengan Sungai Perlis ialah Kampung Syukor, Hulu Dungun, Terengganu (di daerah Pasir Raja, Terengganu)


** INFO ON RIVER PERLIS : River Perlis is one of the river sources of Sungai Dungun of Terengganu, Malaysia.  The nearest civilization to the river is Kampung Syukor of Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia (a village within the Pasir Raja, Terengganu district)

3. PETA LOKASI ** LOCATION MAP :
4. AKTIVITIBerperahu, berakit, merentas hutan, berkhemah, memancing ikan air tawar, trekking di waktu siang dan malam, explorasi flora dan fauna hutan hujan tropika dan pendedahan tentang penggunaannya untuk perubatan dan kesihatan, memerhati haiwan liar, fotografi bebas, pendedahan tentang kayu kayan hutan hujan tropika dan penggunaannya, mandi manda di sungai yang cukup bersih dan jernih, berehat di dalam suasana belantara yang cukup mendamaikan.

**ACTIVITIES: Boating, rafting, nature's exploration, camping, fresh water fish fishing, day and night jungle trekking, wild animals watch, nature's photography, exposure on the tropical rain forest flora and fauna and its usages for medications and health,  exposure on the tropical rain forest timber and woods and its usages, resting and enjoying the forest for an everlasting remembrance.



5. TARGET PAKEJ :  Seisi keluarga,  ahli kelab/persatuan kembara dan rekreasi syarikat, institusi pengajian tinggi dll, kaki pancing, kaki kembara serta semua golongan masyarakat yang mahukan pengalaman sensasi, kebebasan dan ketenangan sejati  di belantara hutan hujan tropika Malaysia. 


** PACKAGED INTENDED FOR : The whole family, clubs/societies of adventure and recreational in nature in the corporate scene, institution of higher learning etc, anglers, adventure enthusiasts and all who are into a sensational experience, freedom and peace with nature.


6. APA ISTIMEWANYA SUNGAI PERLIS?
  • Sungai Perlis masih sangat kurang diteroka masyarakat luar oleh itu khazanah alamnya masih sangat terjaga.
  • Terdapat beberapa lubuk ikan air tawar mega di sini yang menawarkan spesies ikan seperti kelah, tengas dan sebagainya seperti Lubuk Terung, Lubuk Bangkong, Lubuk Siam dan Lubuk Petai. Bagi kaki pancing lubuk-lubuk ikan air tawar di sini menawarkan sebuah pengalaman memancing yang sensasi bagi mereka.
  • Sungai Perlis merupakan salah satu daerah bioma (habitat bagi pelbagai jenis spesies flora dan fauna) di Hulu Dungun yang masih terpelihara. Pengunjung bakal didedahkan dengan pengalaman berinteraksi dengan pelbagai spesies flora dan fauna di sini.
** WHAT IS SO SPECIAL ABOUT RIVER PERLIS?
  • River Perlis is still very much untainted, its pureness are still intact for your pleasure.
  • There are several mega fishponds here i.e.  Terung fishpond, Bankung, Siam and Petai fishponds which remains bountiful in its offerings of fresh water fishes and others.  For anglers, these fishponds will provide sensational fishing experiences of a life time.
  • River Perlis is an unspoiled tropical rain forest bioma (habitats for flora and fiona). You will be interacting with some of its resources as part of your awesome journey here.

7. MAKLUMAT PAKEJ EKO-KEMBARA SUNGAI PERLIS ** PACKAGE INFORMATION:
  • TARIKH PAKEJ ** DATE OF PACKAGE - Dibuka sehingga pertengahan November setiap tahun. Tempahan pakej perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh trip.** Trips are open up to middle November each year.  Booking should be made two weeks in advance prior to the date of trip.
  • TEMPAT BERKUMPUL ** PLACE OF GATHER : Di tapak operasi pakej di Kampong Syukor, Hulu Dungun, Terengganu.  ** At centre of operation, Kampung Syukor, Hulu Dungun, Terengganu
  • JURUPANDU UTAMA ** GUIDES : Kru Awang Ghani.  ** Awang Ghani's Crew. 
  • PERALATAN YANG DISEDIAKAN PENGAJUR ** EQUIPMENT PROVIDED BY THE PACKAGE:  
    • Jaket keselamatan **Safety jackets
    • Peralatan memasak dan pinggan mangkuk seperti tong gas dll **All cooking equipment and dishware such as wok, knife, plates, stoves, gas etc
    • Khemah besar dan khemah individu ** Big tent and individual tents
    • Senapang ** Firearm
    • Generator Elektrik ** Power generator
    • Lampu ** Lights 
    • Jaring ikan **Fishing nets 
  • PERALATAN LAIN DAN BEKALAN MAKANAN ** OTHER EQUIPMENT & FOOD : Peserta akan membawa bekalan makanan dan peralatan sendiri seperti alat menancing dll untuk kegunaan sepanjang di Sungai Perlis. Participants will bring their own food for consumption throughout the trip and any other equipment such as fishing rod on their own.
  • DEPOSIT ** DEPOSITS : Perlu menyerahkan deposit sebanyak RM100 setiap peserta seminggu sebelum tarikh trip. No. Akaun CIMB :  0516 – 0011 – 04 – 4521 . Nama - Mohd Ashik Bin Abdul Rahman.  ** Deposits amounting to RM 100 is to be deposited to Mohd Ashik's  Abdul Rahman CIMB account : 0516-0011-04-4521 a week prior to the date of trip. 
  • PERHATIAN ** NOTE :  Sekiranya cuaca tidak mengizinkan maka trip akan dibatalkan. Deposit akan dipulangkan 100%.  ** If the weather does not permit for the trip to proceed, 100% deposits will be returned to the client.
  • RUMAH REHAT PASIR RAJA ** PASIR RAJA REST HOUSE : Terdapat penginapan yang selesa di Pasir Raja iaitu Rumah Rehat Pasir Raja yang berdekatan dengan Kampung Syukor.  Peserta yang mahu menginap di sini boleh lah berbuat demikan atas pilihan masing-masing. Kos penginapan yang dikenakan oleh Rumah Rehat tersebut adalah - RM 60 ringgit untuk bilik keluarga dan hanya RM 10 untuk katil di bilik dorm lelaki dan perempuan. ** Participants can opt for accomodation at the Pasir Raja Rest House which is very near to Kampung Syukor. The cost of the Rest House - RM60 for family units and only RM 10 for beds in the men and ladies dorms. 
8. JANGKAMASA PAKEJ **  PACKAGE TIMELINE- 3 HARI 2 MALAM &** 3 DAYS AND 2 NIGHTS
  • BILANGAN PESERTA ** NUMBER OF PARTICPANTS: 4 orang minimun, maksimun  perlu dibincangkan. **Minimum 4 participants, maximum number of participant will be agreable upon discuss. 
  • PENGEMBARAAN BERMULA HARI PERTAMA BERMULA  ** FIRST DAY ADVENTURE BEGINS AT : 9:00 pagi - Dari jeti Kampong Syukor ke lokasi perkhemahan di lubuk-lubuk yang dipilih i.e Lubuk Terung, Lubuk Bangkong atau Lubuk Siam. Perjalanan bot mengambil masa antara 3-4 jam bergantung kepada destinasi lubuk yang dipilih. ** At 9:00 am from Kampung Syukor Jetty to the camp site by the River Perlis.  The boat ride will take approximately 3-4 hours depending on the chosen campsite.
  • Setelah sampai di tapak perkehemahan peserta akan meneruskan dengan aktiviti di Sungai Perlis dan bermalam di sana untuk dua malam.  Pada hari ketiga peserta akan meninggalkan Sungai Perlis dan dijangka sampai semula ke jeti Kampung Syukor sebelum jam 3:00 petang pada hari tersebut. **After reaching the camp site participants will proceed with their activities at River Perlis and will overnight by the River.  Participants will leave the River on the third day and is expected to reach the Kampung Syukor jetty no later than 3:00 pm on the said day.
  •  KOS PAKEJ ** COST OF PACKAGE : Hanya RM300 seorang ** Only RM 300 per pax.
9. JANGKAMASA PAKEJ **  PACKAGE TIMELINE- 4 HARI 3 MALAM &** 4 DAYS AND 3 NIGHTS
  • BILANGAN PESERTA ** NUMBER OF PARTICPANTS: 10 orang minimun, maksimun  perlu dibincangkan. **Minimum 10 participants, maximum number of participant will be agreable upon discuss. 
  • PENGEMBARAAN HARI PERTAMA BERMULA  ** FIRST DAY ADVENTURE BEGINS AT : 
  • i) 2:00 petang  - Mendaftar masuk di Rumah Rehat Pasir Raja. Penginapan yang di sediakan adalah bilik dorm.  ** At 2:00 pm check-in at the Pasir Raja Rest House.Participants will be provided with dorms accommodation.
  • ii) 4:45 petang - Minum petang. Menu - Bubur kacang, roti dan air teh. ** At 4:45 pm, tea. Menu - Sweet porridge with bread and tea.
  • iii) 5:15 petang  - Mandi manda di Jeram Bangar. ** 5:15 pm swimming and having great time at River Bangar.
  • iv) 8:15 malam  -  Makan Malam. Menu - Nasi putih bersama 4 jenis lauk pauk dan ulam-ulaman, air sirap. ** At 8:15 pm  - dinner. Menu - White rice with 4 types of dishes, cold drinks. 
  • PENGEMBARAAN HARI KEDUA BERMULA ** SECOND DAY OF ADVENTURE :  
  • i) 8:00 pagi - Sarapan pagi. Menu - nasi lemak/nasi goreng, dua jenis kuih muih dan air teh. ** At 8:00 am - breakfast. Menu - Nasi lemak/fried rice, 2 types of kuih, tea.
  • ii) 9:00 pagi  - Bertolak ke Sungai Perlis dari jeti Kampong Syukor ke lokasi perkhemahan di lubuk-lubuk yang dipilih i.e Lubuk Terung, Lubuk Bangkong atau Lubuk Siam. Perjalanan bot mengambil masa antara 3-4 jam bergantung kepada destinasi lubuk yang dipilih. ** At 9:00 am from Kampung Syukor Jetty to the camp site by the River Perlis.  The boat ride will take approximately 3-4 hours depending on the chosen campsite.
  • Setelah sampai di tapak perkehemahan peserta akan meneruskan dengan aktiviti di Sungai Perlis dan bermalam di sana untuk dua malam.  Pada hari keempat peserta akan meninggalkan Sungai Perlis dan dijangka sampai semula ke jeti Kampung Syukor sebelum jam 3:00 petang pada hari tersebut. **After reaching the camp site participants will proceed with their activities at River Perlis  and will overnight by the River.  Participants will leave the River on the fourth day and is expected to reach the Kampung Syukor jetty no later than 3:00 pm on the said day.
  •  KOS PAKEJ ** COST OF PACKAGE : Hanya RM350 seorang ** Only RM 350 per pax.

No comments:

Post a Comment