Itineri trip agak berbeza kerana kumpulan ini telah menginap semalam di Rumah Rehat Pasir Raja dan bermandi manda di Jeram Bangar, Kg Syukor, Hulu Dungun, Terengganu:
ITINERI TRIP:
Hari Pertama : 16 Nov -
7 pagi : Bertolak ke Hulu Dungun dari Kuala Lumpur
3 petang : Sampai di Homestay Pasir Raja. Ahli kumpulan berasa agak teruja kerana keadaan rumah rehat diluar jangkaan. Bersih dan selesa! Suasana persekitaran pula cukup menyegarkan!
![]() |
Nur Asma Arissa ahli keluarga Mohd Noor yang termuda berusia 4 tahun yang cukup keriangan di Sungai Perlis! |
4:45 petang: Minum petang di Kedai Mahmud di Kg Syukur. Menu : Bubur Kacang, roti dan kuih muih. Sedap!
Di Kedai Mahmud, Kg Syukur, Hulu Dungun, Terengganu |
Sambil menunggu makanan bermesra dengan penduduk Kg Syukur |
Sepupu-sepapat keluarga Mohd Noor |

Sepupu sepapat di Jeram Bangar, Kg Syukur, Hulu Dungun, Terengganu |
![]() |
Jeram Bangar di Kg Syukor, Hulu Dungun, memang tersangat lah indahnya! Sungguh! |
![]() |
Lihatlah saiz kolam di Jeram Bangar, memang K.O kolam renang olimpik! |
8:30 malam : Makan malam di Kedai Mahmud. Menu istimewa! Ulam-ulaman, gulai tempoyak ikan patin, kerabu pucuk paku yang sangat lah sedapnya, masak lemak putih rebung yg cukup menyelerakan, ikan masin. Semua kenyang! Alhamdulillah.
10 malam : Aktiviti santai, ada yang berkaroeke, ada yang main MAFIA, ada yg tidur!
Hari Kedua : 17 Nov: -
8 pagi : Minum pagi di Kedai Mahmud. Menu nasi lemak, kuih muih. Best!
9:30 pagi: Berkumpul di jeti Kg Syukur untuk bertolak ke Sungai Perlis.
1:10 tgh : Khemah mula di pasang, Kaum wanita mula memasak. anak-anak kecil dan anak-anak remaja mula mandi manda.
.jpg)
3:00 petang: Semua ahli kumpulan mengikut jurupandu untuk pergi memasang jaring di lubuk yang tidak jauh dari tapak perkhemahan iaitu Lubuk Goback!
.jpg)
5:00 petang, ahli kumpulan pulang semula ke tapak perkhemahan, mandi manda dan makan dan makan dan makan dan makan....indahnya hidup...
11:00 malam : Main MAFIA di tapak perkhemahan!
Sesuatu yang perlu dijelaskan : Di Sungai Perlis walaupun jauh dari ketamadunan, pengunjung tidak terasa takut dan sebagainya, Sebaliknya rasa selesa dan selamat di sini seolah berada ditempat-tempat yang dekat dengan ketamadunan. Sebab itu kami menyatakan yang Sungai Perlis sangat sesuai sebagai destinasi perkhemahan sekeluarga.
Hari Ketiga : 18 Nov 2013
7 pagi : Rata-rata peserta sudah bangun dan mula bersarapan pagi. Keadaan pagi di Sungai Perlis memang nostalgik..saksikan..
10:00 pagi: Jurupandu mendapatkan ikan di jaring yang dipasang semalaman di Lubuk Goback. Hasilnya beberapa ekor kelah, baung, dll dapat ditangkap
![]() |
Foto kumpulan keluarga Mohd Noor dan Rakan-Rakan di Sungai Perlis, Hulu Dungun 16-18 Nov 2013. |
Beberapa peserta akan datang semula dengan rakan masing-masing ke Sungai Perlis pada Januari 2014. Kami Pakej Eko-Kembara Awang Ghani sedia menunggu.
No comments:
Post a Comment