LUBUK KERAWAT !
** LUBUK KERAWAT : A FRESHWATER FISH FISHING LOCATION THAT MUST BE CONQUERED BEFORE YOU CAN CALL YOURSELF AN ARDENT FRESHWATER ANGLER OF MALAYSIA!
**4 DAYS 3 NIGHTS TRIP
1. DESTINASI ** DESTINATION : Sungai Kerawat ** River Kerawat, Hulu Dungun, Terengganu
2. INFO TENTANG SUNGAI KERAWAT : Sungai Kerawat adalah salah satu sungai yang menjadi punca kepada Sungai Pahang di Pahang. Ketamadunan yang paling hampir dengan Sungai Kerawat ialah Kampung Syukor, Hulu Dungun, Terengganu (di daerah Pasir Raja, Terengganu)
** INFO ON RIVER PERLIS : River Kerawat is one of the river sources of Sungai Pahang, in Pahang, Malaysia. The nearest civilization to the river is Kampung Syukor of Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia (a village within the Pasir Raja, Terengganu district)
3. PETA LOKASI ** LOCATION MAP :http://goo.gl/maps/6mKR3
LUBUK KERAWAT** KERAWAT FISH POND |
- Secara geografi, Lubuk Sungai Kerawat di apit oleh banjaran tanah tinggi oleh itu berada di dalam keadaan yang terlindung. Hutan sekelilingnya membekalkan sumber air bertapis bersih dengan proses tadahan/tapisan semulajadi. Topografi muka buminya mendatar sepanjang lubuk menjadikan aliran arusnya lembut. Kriteria-kriteria ini menjadikan lubuk ini habitat semulajadi yang sangat sesuai bagi pembesaran anak-anak Kelah, Tengas, Kerai dan bermacam-macam spesies ikan lain yang terancam.
- Anak-anak kelah dan bagoh di sini cukup jinak memakan lebihan makanan yang dihulur.
- Pengunjung bakal menyaksikan dengan "naked eye" para penghuni Lubuk Kerawat mundar-mandir sepanjang lubuk. Kelah, Tengas, Sebarau, Patung, Nyenuar, Kerai Jelawat dan Peroi menjadi tujuan utama pengunjung sanggup berusaha dan bersusah payah untuk sampai ke lubuk ini.
- Tangkapan yang diidamkan di sini adalah Kelah Merah dan Kejor/Tengas yang boleh mencecah saiz trofi.
6. AKTIVITI : Merentas hutan, berkhemah, memancing sepuas-puasnya, menikmati flora dan fauna hutan hujan tropika, melihat binatang liar
**ACTIVITIES : Forest explorations, camping, freshwater fishing to the max, tropical rain forest flora and fauna explorations, wild animals watch.
7. TARGET PAKEJ : Kaki pancing tegar, kaki kembara tegar serta semua golongan masyarakat yang berani untuk menyahut cabaran untuk sebuah pengalaman eko-kembara hutan hujan tropika yang ekstrem namun selamat!
** PACKAGED INTENDED FOR : Ardent anglers, adventure enthusiasts and all who are keen for a sensational extreme experience yet safe exploration of the tropical rain forest.
- JANGKAMASA PAKEJ ** PACKAGE TIMELINE- 4 HARI 3 MALAM ** 4 DAYS 3 NIGHTS
- TARIKH PAKEJ - Dibuka sehingga pertengahan November setiap tahun. Tempahan pakej perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh trip.** Trips are open up to middle November each year. Bookings are to be made two weeks prior from the trip date.
- BILANGAN PESERTA: 10 orang minimun, maksimun perlu berbincang. ** 10 pax minimum, maximum pax will be agreed upon discussion.
- TEMPAT BERKUMPUL ** GATHERING PLACE: Di Kampong Syukor, Hulu Dungun, Terengganu. Peserta disyorkan supaya bermalam di Rest House Pasir Raja bagi memastikan cukup istirehat sebelum memulakan kembara. Caj penginapan dikenakan mengikut harga penginapan yang dikenakan oleh Rest House tersebut. Harga bilik dorm hanya RM 10 untuk seorang. ** At Kampung Syukor, Hulu Dungun, Terengganu. Participants are advised to sleep over at the Pasir Raja Rest House to ensure freshness before embarking on a journey to Sungai Kerawat. Accomodation at Pasir Raja Rest House is chargeable accordingly to the rates determine by the operator of the Rest House. The dorms are only costed at RM 10 per pax.
- PENGEMBARAAN HARI PERTAMA BERMULA: ** FIRST DAY JOURNEY BEGINS : 8:00 pagi - dari Kampung Syukor ke Kubu Mat Kilau di Hutan Simpan Pasir Raja menaiki 4x4 lebih kurang 2-3 jam perjalanan. Dari Kubu Mat Kilau trekking ke Sungai Dungun dan dari Sungai Dungun trekking ke Sungai Roh. Keseluruhan jangkamasa trekking untuk sampai ke tapak perkhemahan Sungai Roh adalah lebih kurang 7 jam. Peserta akan bermalam di Sungai Roh. ** At 8:00 am participants will take a 2-3 hours 4x4 ride from Kampung Syukor to Mat Kilau's Fortress. From there participants will trek to River Dungun. And from River Dungun participants will trek River Roh. A walk of 7 hours is estimated to reach River Roh. Participants will camp at River Roh.
- PENGEMBARAAN HARI KEDUA BERMULA ** SECOND DAY JOURNEY: 8:00 pagi - Trekking dari Sungai Roh ke Lubuk Kerawat dalam jangkamasa lebih kurang 2-3 hours. Peserta akan menjalankan pelbagai aktiviti di Lubuk Kerawat seperti memancing, menjala dan sebagainya. Peserta akan bermalam di tapak perkhemahan di Lubuk Kerawat. ** 8:00 am, walk from River Roh camp site to Kerawat Fishpond which is estimated to take about 2-3 hours walk. At Lubuk Kerawat participants may proceed with their activities such as fishing etc.
- PENGEMBARAAN HARI KETIGA ** THIRD's DAY ADVENTURE : Meneruskan aktiviti di Lubuk Kerawat sehingga jam 3 petang. Jam 4 petang akan bertolak balik ke kem Sungai Roh. Bermalam di sini. ** Continue with activities at Lubuk Kerawat until 3 pm. At 4 pm will trek back to River Roh camp site and overnight here.
- PENGEMBARAAN HARI KEEMPAT BERMULA ** FOURTH DAY JOURNEY : 8:00 pagi dari tapak perkhemahan peserta akan trekking semula ke Sungai Dungun untuk pulang ke Kampung Syukor. ** 8:00 am from River Roh camp site will trek back to River Dungun to head back to head back to Kampung Syukor.
- JURUPANDU UTAMA ** THE GUIDES: Awang Ghani dan kumpulannya. ** Awang Ghani's Crew.
- HASIL PANCINGAN ** THE FISHING CATCH: Apa yang ditangkap bolehla dibawa pulang perserta. Kebiasaannya ikan-ikan akan disalai sebelum dibawa pulang. Umpan-umpan yang bersesuaian adalah belalang dan cacing. ** Participants can bring back whatever catch they manage to catch from the fishpond.
- TARGET IKAN ** FISH TARGETS: Ikan Kelah, Sebarau, Tengas dll.
- PERALATAN YANG DISEDIAKAN PENGAJUR ** EQUIPMENT PREPARED BY THE COMPANY:
- Khemah** Tents
- Jaring ikan **Fishing nets
- PERALATAN LAIN DAN BEKALAN MAKANAN ** OTHER EQUIPMENT & FOOD : Peserta akan membawa makanan sendiri dan peralatan lain seperti pancing. ** Participants will bring their own food for consumption throughout the trip and any other equipment such as fishing rod on their own.
11. PERHATIAN ** NOTE : Sekiranya cuaca tidak mengizinkan maka trip akan dibatalkan. Deposit akan dipulangkan 100%. ** If the weather does not permit for the trip to proceed, 100% deposits will be returned to the client.
Mana gambar2 ikannya.... tengok ikan baru semangat
ReplyDelete