Senarai Pakej

SENARAI PAKEJ YANG DITAWARKAN ** LIST OF PACKAGES OFFERED:

1.Pakej Eko-Kembara Sungai Perlis, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 3 hari 2 malam dan 4 hari 3 malam **River Perlis Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 3 days 2 nights and 4 days 3 nights package

Gambar Sungai Perlis

2.Pakej Eko-Kembara Sungai Kerawat, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 4 hari 3 malam** River Kerawat Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 4 days 2 nights package.

Gambar Sungai Kerawat

Pakej Gunung BErembun

3.Pakej Eko-Kembara Gunung Berembun, Air Terjun Chemerong & Air Terjun Lansir, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 2 hari 2 malam** Mount Berembun, Chemerong & Lansir Waterfalls Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 2 days and 2 nights package.

Picture Gunung Berembun

marquee



TRIP PAKEJ EKO-KEMBARA AWANG GHANI YANG SETERUSNYA : KEMBARA SUNGAI PERLIS PADA FEBRUARI 2015! ** AWANG GHANI'S ECO-ADVENTURE NEXT TRIP : SUNGAI PERLIS ADVENTURE IN FEBRUARY 2015! HUBUNGI/CONTACT MOHD ASHIK +6010-6150000/mohdashiku@gmail.com Blogger Tips and Tricks

Wednesday, June 26, 2013

TRIP PERTAMA SUNGAI KERAWAT 20-23 SEPTEMBER 2013

Alhamdulillah, sudah ada tempahan untuk Pakej Sungai Kerawat!  Pakej ditempah oleh kumpula P.I.N.G.A.T (Kelab Pemerhati Alam Sekitar Pinggiran Senawang, Negeri Sembilan)  yang dianggotai En Rasul Api dan rakan-rakannya yang telah menyertai dan sangat berpuasa hati dengan Trip ke Sungai Perlis pada  Mei lalu.  InshaAllah trip pertama ini akan berlangsung pada 20 - 23 September 2013.  Trip akan disertai sekurang-kurangnya 30 peserta.

LUBUK KERAWAT!

Masih ada beberapa kekosongan untuk Trip ini. Jika berminat untuk menyertai individu-individu yang cool dan baik seperti En Rasul dan rakan-rakannya marilah sertai  Trip ini.  InshaAllah Trip ini akan memberikan anda pengalaman sekali seumur hidup yang sangat indah dan tidak dapat dilupakan.

Kelah bersaif trofi dan rakan-rakannya seperti tengas, sabarau dll menanti anda di Sungai Kerawat!

KELAH LUBUK KERAWAT

TRIP KE 3 SUNGAI PERLIS 13-16 SEPTEMBER 2013

Alhamdulillah.  Sudah ada tempahan untuk Trip yang Ke-3 Ke Sungai Perlis.  Tempahan dibuat oleh Kelab Kembara sebuah syarikat di Kuala Lumpur.  Minimum peserta yang bakal menyertai adalah sejumlah 30 orang.  Saya doa semoga akan lebih ramai yang menyertai, jika itu yang terbaik dari Allah swt.

Trip Ke-3 akan berlangsung dari 13 - 16 September, 2013.  Sekarang saya perlu menyediakan segala keperluan dan permintaan daripada Pengerusi Kelab Kembara ini iaitu En Nizam bagi memastikan Trip ke Sungai Perlis ini berjalan lancar dan penuh dengan pengalaman yang menarik, inshaAllah.

Semoga suksess!

Friday, June 7, 2013

TRIP KUMPULAN P.I.N.G.A.T KE SUNGAI PERLIS 10-12 MEI 2013 : SUKSES!

Para peserta yang semuanya merupakan eko-kembara junkie. Singgah minum sebelum sampai di Hulu Dungun
Trip Ke-2 Pakej Eko-Kembara Sungai Perlis yang berjalan dari 10-12 Mei 2013, telah berlangsung dengan jayanya!  Semua yang menyertai iaitu ahli kumpulan P.I.N.G.A.T (Kelab Pemerhati Alam Sekitar Pinggiran Senanwang, Negeri Sembilan) yakni En Rasul, En Ramly, Pak Sheikh, En Bongah, En Amin, En Yusuf,  En Nan dan Che Awe Kelate sangat berpuas hati dengan trip ini. Kalau tak percaya tanya tuan punya susuk badan sendiri  En Rasul - https://www.facebook.com/mohammad.alpi dan En Ramly -  https://www.facebook.com/ramly.abusamah

Para peserta Trip Ke-2 ini bukan calang-calang orang.  Semua sangat berpengalaman di dalam bidang kembara hutan dan expedisi memancing.  Ramai di antara mereka telah meredah hutan Endau Rompin, Kenyir, pelbagai sungai dan lautan namun tetap mendapati Sungai Perlis sebagai sebuah destinasi eko-kembara yang cukup istimewa.



BILA AIR CETEK APA LAGI TOLAK LA BRO



Antara komen mereka tentang Sungai Perlis :  Sungai Perlis adalah sebuah destinasi yang penuh misteri namun tetap mesra untuk diteroka.





Mereka juga mengakui yang mereka jarang dapat menangkap apa-apa ikan sekali pun di destinasi pancingan yang lain namun pertama kali menjejak kaki di  Sungai Perlis hasil tangkapan cukup memuaskan.

Wednesday, May 8, 2013

TRIP KE 2 SUNGAI PERLIS 10-12 MEI 2013

Saya kini sedang dalam perjalanan ke Dungun untuk persediaan bagi Trip Ke-2 Pakej Eko-Kembara Sungai Perlis yang bakal berlangsung pada 10 - 12 Mei 2013.  InshaAllah bakal menyertai Trip yang ke-2 ini adalah beberapa jejaka hensem Malaya yang kesemuanya kaki pancing dan kaki kembara tegar berasal dari Negeri Sembilan.

InshaAllah kali ini kami akan memancing se memancing-mancingnya dan kalau diizinkan Allah dapat lah kami menangkap beberapa ikan dan dapatlah saya menayangkan gambarnya di blog ini dengan izinNYA jua.

Apa-apa pun saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami semua sepanjang trip ini dan selamat pergi dan pulang ke keluarga masing-masing selepas selesai trip dengan  membawa hasil tangkapan yang baik.   Semoga kami semua dapat meringankan kepala,  menyegarkan tubuh badan dan bertambah produktif apabila pulang ke Negeri Sembilan nanti.

Nantikan makluman seterus saya tentang hasil Trip yang Ke-2 ini - ke Sungai Perlis yang cukup istimewa.

Sayonara dulu!  Saya nak tidur...kalau dapat la,  dalam kenderaan saya susah sikit nak lelap.  Rindu lak kat isteri dan anak-anak...gud nite hessa n asma..

Tuesday, April 23, 2013

TRIP ABANG BAKAR & AIMIRUL KE SUNGAI PERLIS 19 -21 April 2013 : Sukses!

Alhamdulillah saya sudah selamat pulang dari Trip Eko-Kembara Sungai Perlis yang berlangsung pada 19 April - 21 April 2013.  Saya telah membawa 3 orang peserta ke trip pertama kelolaan saya ini.

Trip pertama ini lebih kepada hendak memenuhi hasrat salah seorang peserta iaitu  Haji Abu Bakar untuk merasai sendiri pengalaman di Sungai Perlis untuk beliau  rekomen kepada rakan-rakan perniagaannya bagi suatu percutian memancing ikan kelah dan tengas di sini.   Kata beliau kalau betul Sungai Perlis ni menarik maka barulah beliau hendak bawa rakan-rakannya ke sini.  Oleh itu tugas saya untuk mengenalkan beliau dengan Sungai Perlis.



Ini lah  dia Hj Abu Bakar, umur 68 tahun! Masih bersemangat untuk mengembara!   Ni dia sedang bertafakur melihat jernehnya air di Sungai Pelis.  Pada masa ni dia sudah pun membuat keputusan untuk bawa rakan-rakannya ke sini!


 Ini pula peserta yang lain - Amz Amirul!  Yang enjoy giler di sini. 

Kami bertolak dari Semenyih, Selangor jam 5 pagi  pada 19 April, 2013  (Jumaat) dan sampai di Rest House Pasir Raja, Hulu Dungun lebih kurang jam  3 petang.   Kami singgah sembahyang Jumaat semua jadi agak lambat sampai di Rest House. Malam pertama di Pasir  Raja kami tidur dengan nyenyak di Rest House.  Sejuk bukan main di sini.  Berkabus sampai tak nampak benda!

Monday, April 15, 2013

SUNGAI PERLIS TRIP 19-21 APRIL 2013

Saya akan membawa beberapa pengunjung memasuki Sungai Perlis  untuk pakej 3 hari 2 malam pada hujung minggu ini inshaAllah -  20hb -22hb April, 2013.

Masih ada beberapa tempat jika anda berminat.  Hubungi saya Mohd Ashik +60126242760

InshaAllah saya akan lampirkan gambar dan video.  Kali pertama saya ke Sungai Perlis tak bawa kamera itu yang tak ada gambar kat sini tu.  

** I'm going to bring few participants to Sungai Perlis, Pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu for a 3 days 2 night trip from the 20th -22nd of April, 2013.

There are few more seats available.  Contact me if you are keen.  Mohd Ashik -  +60126242760.

I will post some photos & videos on our trip soon!