Senarai Pakej

SENARAI PAKEJ YANG DITAWARKAN ** LIST OF PACKAGES OFFERED:

1.Pakej Eko-Kembara Sungai Perlis, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 3 hari 2 malam dan 4 hari 3 malam **River Perlis Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 3 days 2 nights and 4 days 3 nights package

Gambar Sungai Perlis

2.Pakej Eko-Kembara Sungai Kerawat, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 4 hari 3 malam** River Kerawat Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 4 days 2 nights package.

Gambar Sungai Kerawat

Pakej Gunung BErembun

3.Pakej Eko-Kembara Gunung Berembun, Air Terjun Chemerong & Air Terjun Lansir, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 2 hari 2 malam** Mount Berembun, Chemerong & Lansir Waterfalls Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 2 days and 2 nights package.

Picture Gunung Berembun

marquee



TRIP PAKEJ EKO-KEMBARA AWANG GHANI YANG SETERUSNYA : KEMBARA SUNGAI PERLIS PADA FEBRUARI 2015! ** AWANG GHANI'S ECO-ADVENTURE NEXT TRIP : SUNGAI PERLIS ADVENTURE IN FEBRUARY 2015! HUBUNGI/CONTACT MOHD ASHIK +6010-6150000/mohdashiku@gmail.com Blogger Tips and Tricks

Thursday, March 6, 2014

Trip En Balkiah & En Shazali ke Sungai Perlis: 21-23 Feb 2014

En Balkiah merupakan wakil daripada Kelab Adventure Rasah Kemayan Golf & Country Resort, sebuah taman perumahan di daerah Seremban, manakala En Shazali merupakan penasihat Kelab T-REC UITM, Melaka.  Kedua-dua mereka telah menyertai trip ke Sungai Perlis, Hulu Dungun, Terengganu pada 21-23 Feb 2014  untuk kerja-kerja persediaan awal sebelum membawa kumpulan masing-masing ke Sungai Perlis pada trip yang seterusnya.

Krew Awang Ghani yang sentiasa sedia berkhidmat telah membawa masuk 2 bot bagi mengiringi trip En Balkiah dan En Shazali.  Layanan istimewa diberikan oleh krew Awang Ghnai kepada dua wakil ini bagi memastikan trip ini  meninggalkan pengalaman yang istimewa bagi mereka sebelum datang lagi bersama kumpulan masing-masing.

Itineri Trip:

Masuk ke Sungai Perlis pada 21 Feb 2014.

En Shazali yang berdiri di bot belakang dalam perjalanan masuk ke Sungai Perlis.



En Balkiah yang sedang khusyuk mengambil gambar

Perjalanan masuk ke Sungai Perlis kali ini semakin mencabar dengan pokok-pokok tumbang sepanjang sungai

Sampai di tapak perkhemahan setelah 3 jam lebih menaiki bot:

Tapak perkhemahan yang dipilih untuk En Balkiah dan En Shazali ialah di LUBUK MERANTI MATI. Lubuk ini atas lagi dari Lubuk Goback yang merupakan tapak perkhemahan yang paling dekat dari ketamadunan Kg Syukur dan atas lagi dari Lubuk Bankung yang merupakan tapak perkhemahan yang kedua terdekat dari ketamadunan Kg Syukur, Hulu Dungun, Terengganu.

En Shazali baru turun dari bot sampai ke tapak perkhemahan

En Balkiah sudah 'settle down' di khemahnya bersama krew Awang Ghani

Setelah selesai membuat khemahnya dan memasak apa lagi terus dengan aktiviti memancing-memancing dan memancing!!!

Monday, November 25, 2013

KELUARGA MOHD NOOR DAN RAKAN-RAKAN DI SUNGAI PERLIS 16-18 NOV, 2013: TERLAMPAU MEGA!!!

Keluarga Mohd Noor dan rakan-rakan telah menyertai Pakej Eko-Kembara Sungai Perlis, Hulu Dungun pada 16 sehingga 18 Nov 2013 yang lalu.  MEMANG MEGA!!!!  Ahli keluarga Mohd Noor yang berumur 60-an sehinggala yang semuda 4 tahun telah menyertai trip ini.  Dan kesemua mereka cukup bergembira di sana!






Itineri trip agak berbeza kerana kumpulan ini telah menginap semalam di Rumah Rehat Pasir Raja dan bermandi manda di Jeram Bangar, Kg Syukor, Hulu Dungun, Terengganu:

ITINERI TRIP: 


Hari Pertama : 16 Nov - 

7 pagi : Bertolak ke Hulu Dungun dari Kuala Lumpur
3  petang : Sampai di Homestay Pasir Raja.  Ahli kumpulan berasa agak teruja kerana keadaan rumah rehat diluar jangkaan.  Bersih dan selesa! Suasana persekitaran pula cukup menyegarkan!




Nur Asma Arissa ahli keluarga Mohd Noor yang termuda berusia 4 tahun yang cukup keriangan di Sungai Perlis!



4:45  petang: Minum petang di Kedai Mahmud di Kg Syukur. Menu : Bubur Kacang, roti dan kuih muih. Sedap!
Di Kedai Mahmud, Kg Syukur, Hulu Dungun, Terengganu
Sambil menunggu makanan bermesra dengan penduduk Kg Syukur

Anak-anak dara keluarga Mohd Noor


Sepupu-sepapat keluarga Mohd Noor



5:30 petang : Mandi manda di Jeram Bangar, Kg Syukor  yang cukup istimewa! Ahli kumpulan cukup teruja dengan jeram Bangar yang cukup jernih dan sungguh menyegarkan suasananya !
Sepupu sepapat di Jeram Bangar, Kg Syukur, Hulu Dungun, Terengganu

Thursday, October 31, 2013

Video Trip Sungai Kerawat P.I.N.G.A.T : 20-23 Sept 2013




P.I.N.G.A.T (Kelab Pemerhati Alam Sekitar)! Anda memang Bran! Saksikan sendiri aksi mereka di Sungai Kerawat!

Friday, October 4, 2013

T-REC UITM MELAKA MENAWAN GUNUNG BEREMBUN, AIR TERJUN CHEMERONG, AIR TERJUN LANSIR 27-29 SEPT 2013 : BEAUTY PROVEN!

Beauty of mother nature mtberembun,  chemerong and lansir waterfall as they claim the most beautiful waterfall in South East Asia, PROVEN. #T-REC #hiking #CBL #mothernature#explore   Akmal Najiy :  http://facebook.com/AKMAL.NAJIY .

Akmal Najiy bersama ahli T-REC di Air Terjun Chemerong
Itulah komen dari Akmal Najiy  yang menyertai Pakej Eko-Kembara Pendakian Gunung Berembun, Air Terjun Chemerong dan Air Terjun Lansir pada 27-29 Sept 2013 bersama 38 lagi peserta dari T-Rec Recreation Club (T-REC) UiTM Bandaraya Melaka. Akmal adalah pengerusi kelab tersebut.

Akmal bersama ahli-ahli T-REC telah sampai di Hutan Lipur Chemerong, Hulu Dungun, Terengganu pada jam 3 pagi lebih dan telah mula mendaki Gunung Berembun pada jam 4 pagi.    Sampai di puncak Gunung Berembun jam 2 tengahari dan setelah berehat dan makan bertolak ke Air Terjun Lansir.  Kumpulan ini kemudiannya bermalam di tepian Air Terjun Lansir yang keindahannya membuatkan anda teringat akan kebesaran Allah swt.

Pada hari kedua kumpulan ini bergerak semula turun ke Air Terjun Chemerong.  Di sini para peserta bergembira mandi-manda di kolam Air Terjun Chemerong yang saiznya maha besar.   Kumpulan bergerak semula ke pintu masuk Hutan Lipur Chemerong dan bertolak pulang ke Melaka semula pada jam 5 petang.

Ahli-ahli T-Rec bersama krew kami (berbaju t-shirt merah) setelah selesai pakej dengan rasa gembiranya!
Pakej Eko-Kembara Awang Ghani mengucapkan tahniah kerana kesemua peserta T-REC telah berjaya menghabiskan pendakian dengan begitu cekap sekali.  Krew kami kagum sebenarnya dengan kepantasan dan kecekalan anak-anak muda ini.  Sebenarnya ahli-ahli T-REC UiTM Bandaraya Melaka ini adalah antara peserta yang begitu cekap menghabiskan pendakian.  Memang mereka T-REC yang hebat!!

Ahli-ahli T-Rec yang baru sampai di Melaka setelah pulang dari Hulu Dungun, Terengganu.
Kami harap dapat berjumpa lagi dengan anak-anak muda yang hebat-hebat ini!   Buat masa ini tekunlah belajar dan bila cuti datang lagi ke Hulu Dungun, Terengganu ya!

SYABAZZ T-REC!


Tuesday, October 1, 2013

TRIP P.I.N.G.A.T KE SUNGAI KERAWAT - 20-23 SEPTEMBER 2013: KAMI AKAN DATANG LAGI LUBUK KERAWAT !

Mengapa kami akan datang lagi??   Kerana kami TIDAK BERJAYA MENAWAN LUBUK KERAWAT!!! Ya kami mengaku kami gagal dalam cubaan pertama ini. 

Lubuk Kerawat yang menjadi idaman kaki pancing ikan air tawar tegar
Apa yang terjadi???? Diperjelaskan:

Pakej Eko-Kembara Sungai Kerawat mempunyai tujuan akhir yang ulung iaitu untuk  membawa para peserta sampai ke LUBUK KERAWAT yang merupakan LUBUK yang menyimpan ikan-ikan sungai air tawar yang bersaiz TROFI. Lubuk sepanjang 1 km ini menyimpan bermacam jenis ikan. Kelah, Toman dll yang beratnya  menjangkau 10 kg dan lebih, Toman boleh menjangkau 30kg.  Itulah tarikannya di sini sehingga ramai yang sanggup  untuk berjalan sehingga 8 jam menyusuri Sungai Kerawat untuk sampai ke LUBUK KERAWAT,  SYURGA pemancing ikan air tawar tegar di Malaysia.

Para peserta daripada kumpulan P.I.N.G.A.T, eko-kembara junkie dan pemancing tegar  yang bersiap sedia memulakan pengembaraan dari Kubu Mat Kilau, Hulu Dungun.

Krew Pakej Eko-Kembara Awang Ghani selalu membawa para peserta untuk  ke Lubuk Kerawat melalui hulu Sungai Perlis, Hulu Dungun. Dari sini para peserta akan mengambil jangkamasa lebih kurang 6 jam untuk sampai ke Lubuk Kerawat.   Namun jambatan yang menjadi penyambung jalan telah rosak.  Oleh itu jalan mengikut  arah ini ini tidak dapat digunakan. Alternatifnya Pakej Eko-Kemabra Awang Ghani mengambil seorang jurupandu dari Kg Pasir Raja, Hulu Dungun untuk membawa para peserta mengikut jalan dari Kubu Mat Kilau  berjalan masuk ke Sungai Kerawat.   Mengikut beliau jalan dari arah ini juga mengambil jangkamasa 8 jam perjalanan untuk sampai ke Lubuk Kerawat. Namun indah khabar dari berita.

Perjalanan hari pertama dari Kubu Mat Kilau bermula seawal 9:30 pagi dan akhirnya kerana tidak sampai-sampai juga di Lubuk Kerawat makan kami berkhemah dan bermalam di hulu Sungai Kerawat.  Hari kedua perjalanan disambung lagi pada jam 8:30 pagi untuk ke Lubuk Kerawat. Setelah 3 jam sampai di Jeram Atas, Sungai Kerawat.   Sampai di sini kerana keletihan majoriti peserta membuat keputusan untuk berhenti setakat di Jeram Atas sahaja. Tiga peserta yang masih gagah membuat keputusan untuk meneruskan lagi ke Lubuk Kerawat yang dijangkakan mengambil masa 2-3 jam perjalanan lagi.   Namun takdir telah menentukan untuk kami semua datang semula ke sini.  Tiga peserta tersebut  telah terserempak dengan seekor harimau yang sedang meneguk air di tepi sungai!!!

Sunday, September 22, 2013

OPUS BERHAD DI SUNGAI PERLIS, HULU DUNGUN - 14-16 SEPT 2013 : MEGA SUKSES!!!!

Alhamdullilah sudah selamat pulang semua para 26 peserta trip dari kelab OPUS SPORTS & RECREATIONAL CLUB  dari SYARIKAT OPUS GROUP BERHAD dari menyertai Pakej Eko-Kembara Sungai Perlis pada 14-16 SEPT 2013.  https://www.facebook.com/pages/OSRC-Opus-Sports-Recreational-Club/167225289981549?fref=ts

Para peserta mula menaiki bot seawal jam 8:30 pagi memasuki Sungai Perlis dan mula memasang khemah di tepian Lubuk Goback pada jam 12:30 tengahari.  Lubuk Goback mendapat nama dari kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang pelancong berbangsa Inggeris yang bertanya kepada guide dari Kg Syukor samada mahu go atau back semula ke Kg Syukor setelah sampai di lubuk tersebut.

Sepanjang 3 hari di Sungai Perlis para peserta bergembira mandi-manda, makan minum ikan sungai, memukat, menjaring, memancing semuanya aktiviti yang menyegarkan badan dan fikiran.

Yang pasti semua enjoy dan segar hati dan fikiran setelah berehat dan menikmati apa yang ditawarkan oleh Sungai Perlis yang mistik namun menteramkan ini.

Thursday, August 1, 2013

JADUAL PAKEJ EKO-KEMBARA AWANG GHANI

Tarikh trip-trip di dalam Pakej Eko-Kembara Awang Ghani yang seterusnya akan berlangsung seperti berikut:

1. PAKEJ EKO-KEMBARA SUNGAI PERLIS : 13 - 15 September 2013.  Penyertaan sudah penuh.

2. PAKEJ EKO- KEMBARA LUBUK KERAWAT : 21-23 September, 2013.  Penyertaan masih dibuka.  Hubungi Mohd Ashik di +0126242760 untuk penyertaan.

3. PAKEJ EKO-KEMBARA PENDAKIAN GUNUNG BEREMBUN, AIR TERJUN CHEMERONG DAN AIR TERJUN LANSIR : 27-29 September, 2013.  Penyertaan sudah penuh.

Semoga trip berjalan lancar di dalam penuh keberkatan.  Semoga para peserta pulang membawa sebuah pengalaman yang unik untuk kenangan seumur hidup, inshaALLAH.