Senarai Pakej

SENARAI PAKEJ YANG DITAWARKAN ** LIST OF PACKAGES OFFERED:

1.Pakej Eko-Kembara Sungai Perlis, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 3 hari 2 malam dan 4 hari 3 malam **River Perlis Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 3 days 2 nights and 4 days 3 nights package

Gambar Sungai Perlis

2.Pakej Eko-Kembara Sungai Kerawat, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 4 hari 3 malam** River Kerawat Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 4 days 2 nights package.

Gambar Sungai Kerawat

Pakej Gunung BErembun

3.Pakej Eko-Kembara Gunung Berembun, Air Terjun Chemerong & Air Terjun Lansir, Hulu Dungun, Terengganu : Pakej 2 hari 2 malam** Mount Berembun, Chemerong & Lansir Waterfalls Eco-Adventure, Hulu Dungun, Terengganu, Malaysia : 2 days and 2 nights package.

Picture Gunung Berembun

marquee



TRIP PAKEJ EKO-KEMBARA AWANG GHANI YANG SETERUSNYA : KEMBARA SUNGAI PERLIS PADA FEBRUARI 2015! ** AWANG GHANI'S ECO-ADVENTURE NEXT TRIP : SUNGAI PERLIS ADVENTURE IN FEBRUARY 2015! HUBUNGI/CONTACT MOHD ASHIK +6010-6150000/mohdashiku@gmail.com Blogger Tips and Tricks

Tuesday, January 27, 2015

TRIP AHLI KELAB ADVENTURE RASAH KEMAYAN GOLF & COUNTRY RESORT KE SUNGAI PERLIS : 27-30 APRIL 2014

Yep! Setelah menghantar wakil rekki mereka En Balkiah untuk menyiasat apakah istimewanya Sungai Perlis sehingga perlunya bagi kelab ini memilih Sungai Perlis sebagai destinasi kembara mereka di dalam kalendar 2014,  akhirnya pada pagi 27 April 2014,  ahli-ahli KELAB ADVENTURE RASAH KEMAYAN GOLF & COUNTRY RESORT,  SEREMBAN NEGERI SEMBILAN berkumpul untuk memulakan kembara ke Sungai Perlis, Hulu Dungun, Terengganu.   Masing-masing mempunyai harapan dan tanggapan masing-masong tentang kembara Sungai Perlis ini.  Berbaloikah masa, tenaga dan wang yang dikeluarkan untuk kembara ini???

Ahli Kelab Adventure Rasah Kemayan Golf & Country Resort rata-rata telah mengembara ke seluruh dunia dan banyak menyertai ekpedisi-ekpedisi lasak dan kembara di dalam dan luar negara.  Apa yang Sungai Perlis boleh beri pada mereka???


Ahli Kelab Adventure Rasah Kemayan Golf & Country Resort, Seremban di Rasah Kemayan, Seremban  sebelum memulakan kembara ke Sungai Perlis

Sampai di Kampung Syukor, Hulu Dungun sudah tengahari.  Check-in ke Rumah Rehat Pasir Raja, Mandi manda di jeram bangar  Semua akur Jeram Bangar memang thumbs up!  Kolamnya cukup besar tak habis direnang, airnya jernih semua nampak terang benderang. Cuma airnya sejuk menggigil kepala lutut.


Selfie ahli Kelab Adventure Rasah Kemayan Gilf & Country Resort yang baru tiba di Kampung Syukor, Hulu Dungun, Terengganu
Hari kedua 28 April 2014, meneruskan pengembaraan dari jeti Kampung Syukor melalui Sungai Dungun untuk ke pintu masuk Sungi Perlis.

Ahli Kelab Adventure Rasah Kemayan Golf & Country Resort berbot masuk ke Sungai Perlis, Hulu Dungun, Terengganu. Tengku Ibrahim "guardian of River Perlis" mengemudi bot


Masuk ke Sungai Perlis terhalang dari meneruskan perjalanan dek pokok-pokok yang tumbang
Sensei Awang Ghani menaiki rakit kulit kayu sehinngga sampai ke tapak perkhemahan

Sensei Awang Ghani naik rakit ni hingga sampai ke tapak perkhemahan. Ada la dekat 10 km jugak dia dayung...hooo. Lagi cepat sampai dari naik bot. 

Salah satu yang diperolehi daripada kegiatan eko-kembara: memahami erti persahabatan.  Ahli Kelab Rasah Kemayan dan KRU Awang Ghani sama-sama membersihkan pokok tumbang yang menghalang perjalanan bot. 

Akhirnya berlabuh/sampai  di tepi tapak perkhemahan yang dipilih: di LUBUK BANGKUNG. setelah lebih kurang 3 jam perjalanan dari jeti Kampung Syukor. 


Berlabuh di tepian tapak perkhemahan : LUBUK BANKUNG
Tapak perkhemahan yang cukup nostalgik : SUNGAI PERLIS, LUBUK BANGKUNG
Sepanjang di Sungai Perlis, ahli Kelab Adventure Rasah Kemayan, makan, memancing, menjala, makan, memancing, menjala, makan, memancing, menjala, makan, memancing, menjala.....


En Khairuddin, pemilik syarikat kejuruteraan berbaju t-shirt putih, balik ke asas di Sungai Perlis, menjaring...



En Joe dari ONEXOX dan En Balkiah tokey pembinaan menenangkan fikiran sambil memancing
En Fendi dari Jimah Power Plant tekun memancing





Ahli Kelab Adventure Rasah Kemayan berkongsi kawasan dengan penduduk kekal Sungai Perlis, Sang Gajah. Sungai Perlis memang habitat mereka.




Antara hasil tangkapan ikan sungai di Sungai Perlis  oleh ahli Kelab Adventure Rasah Kemayan.

Jadi apa yang Sungai Perlis beri kepada ahli-ahli Kelab Adventure Rasah Kemayan setelah 2 hari di sana?? Berbaloi kah?? Apa kata mereka??



Cikgu Aziz

Cikgu Aziz, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan:

Cikgu Aziz merupakan pegawai di Jabatan Pendidikan, Negeri Sembilan.  Di Sungai Perlis beliau berkesempatan menayangkan skill memasaknya. Beliau yang paling banyak mengambil tugasan memasak sepanjang di Sungai Perlis dan masakannya boleh  tahan pergh! Thumbs up yang ditunjukkan di dalam gambar menyatakan segalanya.  Bagi CIkgu Aziz Sungai Perlis memang thumbs up sebagai destinasi eko-kembara yang menawarkan keaslian tulen hutan hujan tropika dengan faktor keselamatan yang terjaga.  "Sungai Perlis destinasi terbaik untuk merehatkan jiwa..." zahir Cikgu Aziz.


En Ferhad
En Ferhad, ex banker: 

En Ferhad adalah ex-banker dan merupakan pemancing tegar.  Mengakui suasana di Sungai Perlis memang istimewa namun agak kecewa kerana tangkapan ikan di Sungai Perlis kali ini agak berkurangan.  Hujan yang  turun pada kebanyakan masa pada trip kali ini antara faktor tangkapan ikan berkurangan.  En Ferhad hampir berjaya menangkap ikan kelah saiz mega, namun terlepas pula. Ini menambahkan lagi kekecewaannya. Bertekad untuk menyertai Trip yang cukup ekstrim yang wujud di Malaysia dan seanteronya yang diselenggarakan oleh Pakej Eko-Kembara Awang Ghani : TRIP SUNGAI KERAWAT.  http://mohdashi.blogspot.com/p/pakej-eko-kembara-sungai-kerawat-river.html. Kita tunggu dan lihat samada En Ferhad berjaya ke sana! 

Berita terkini tentang En Ferhad (Feb 2015) :  RIndu untuk ke Sungai Perlis.  Mahu menyertai ekpedisi ke sana pada Feb 2015 ini.  Semoga berkesempatan.

Photo: En Bobbie Farid  dan En Joe dari Kelab Adventure Rasah Kemayan sewaktu meninggalkan Sungai Perlis dan kini dah rindukan Sungai Perlis semula. Tak percaya baca status FB mereka. Huu...Trip 27-30 April, 2014
En Bobbi Farid (t-shirt hijau)

En Bobbie Farid, CEO ONEXOX:

Menurut En Bobbie beliau dibesarkan dengan suasana berlatarkan hutan hujan tropika dan sungai Pahang. Oleh itu teruja utk ke Sungai Perlis kerana rindu akan suasana belantara dan sungai  hutan hujan tropika.  Sangat prihatin dengan kerosakan dan pencerobohan hutan di Malaysia dan ingin melihat betapa sucinya Sungai Perlis dari pencerobahan dan kerosakan alam semulajadi akibat perbuatan manusia. Juga mahu lari dari panggilan-panggilan telefon dan komunikasi sosial media yang sentiasa menghantuinya atas posisinya sebagai boss di syarikat telco.  Di Sungai Perlis dapat lari dari semua ini kerana tiada jaringan.

Yep En Bobbie antara yang paling enjoy di Sungai Perlis.  Sangat menghargai masa yang diluangkan bersama belantara dan persekitaran Sungai Perlis,  Bukan kaki memancing oleh itu tidak tertekan bila kurang dapat ikan.  En Bobbie seorang yang suka mengkaji.  Mendapati air di Sungai Perlis sangat tinggi meneral.  Buktinya kata beliau sabun mandi, syampoo, ubat gigi semuanya 'dissolve' dengan cepat apabila digunakan di Sungai Perlis. Selain itu air Sungai Perlus yang sentiasa terasa selesa untuk mandi tidak kira pada tengah malam sekali pun kerana berasa agak panas juga sesuatu yang menakjubkan beliau.  Mesti dikaji perkara ini katanya, bagaimana bila kita mandi tidak terasa sejuk namun bila duduk di luar Sungai terasa sejuk pula?  Pelek, kata beliau.  

En Bobbie merancang untuk membawa kumpulannya untuk menyertai pakej Sungai Perlis pada MAc 2015 ini.  InshaAllah.  Untuk pakej yang semurah ini PAKEJ-EKO KEMBARA SUNGAI PERLIS memang berbaloi-baloi kata beliau.

Photo: En Fendi ahli  kelab Adventure Rasah Kemayan, Seremban dari syarikat ONEXOX tetap tidak meninggalkan solat walaupun sebok memancing dan berbahagia di Sungai Perlis.  Trip 27-30 April, 2014
En Fendi, solat tetap solat

En Fendi, Jimah Power Plant

En Fendi kakitangan Jimah Power Plant juga merupakan seorang kaki pancing tegar.  Memang niat untuk menangkap banyak ikan di Sungai Perlis, namun kali ini kurang berhasil.  Air sungai yang keruh kerana hujan berterusan tidak banyak membantu.  Komennya, Sungai Perlis ya pakej kembara hutan belantara yang menyembuhkan jiwa yang kusut akibat kehidupan di kota namun kalau datang semata-mata nak dapat ikan banyak-banyak mungkin tidak kesampaian cita-cita.  Apa-apa pun perkhidmatan terbaik yang diberikan oleh KRU PAKEJ EKO-KEMBARA AWANG GHANI di dalam melayani peserta cukup beliau hargai.  Ini antara sebab yang beliau berminat untuk datang lagi! 

Photo: En Khairudin dari Kelab Adventure Rasah Kemayan, Seremban berbangga dengan kelah Sungai Perlisnya.  Trip 27-30 April 2014. En Khairudin yang merupakan pemilik kilang pembekal peralatan untuk syarikat telekomunikasi dan kejuruteraan  kini mengaku  Sungai Perlis adalah tempat yang sangat PERSONAL untuk dirinya.  Dah jatuh cinta dengan Sungai Perlis la tu bro!
En Khairuddin dengan kelah tangkapannya

En Khairudin, pemilik kilang kejuruteraan di Nilai, Negeri Sembilan:

En Khairuddin adalah peserta trip yang mahu rehat dan tenangkan fikiran dari kesibukan kerja menguruskan kilangnya.  Tidak begitu minat memancing hanya mahu menikmati suasana hutan belantara bersama rakan-rakan pada trip ke Sungai Perlis ini.  Namun beliau cukup seronok dapat menjaring dan menjala di sini yang merupakan aktiviti yang selalui dilakukannya di kampungnya di Muar.  Juga sangat menghargai keikhlasan dan perkhidmatan KRU PAKEJ EKO-KEMBARA AWANG GHANI sehingga menghadiahkan setiap seorang KRU dengan cigar yang beratus-ratus ringgit harganya tiap satu

En Khairuddin merancang untuk membawa anak-anak saudaranya dan kumpulan rakannya untuk ke Sungai Perlis inshaALLAH pada Mac, 2015.  Semoga berkesempatan.

En Balkiah, kontraktor
En Balkiah, Kontraktor:

En Balkiah sudah dua kali sampai di Sungai Perlis. Seorang kaki pancing dan sangat sukakan ketenangan hutan belantara.   Kali ini di Sungai Perlis beliau bermaharajalela dengan rakitnya mudik ke hulu dan ke hilir.  Gemarnya En Balkiah kepada Sungai Perlis tidak perlu dipersoalkan lagi.  Sentiasa merancang untuk ke sini lagi walaupun baru sahaja keluar dari sana.   Telah pun mengumpul beberapa rakan untuk trip ke Sungai Perlis pada Feb 2015.  InshaAllah.



Photo: En Nizam, dari syarikat Jimah Power Plant, ahli Kelab Adventure Rasah Kemayan, yang tenaga dan kekuatannya cukup terserlah di Sungai Perlis. Sesuai dengan nama syarikat beliau bekerja, beliau tolak bot punya la kuat.  Kalau orang tak tau memang ingat dia salah seorang KRU Awang Ghani.  En Nizam kalau nak part-time meh la  join KRU Awang Ghani. Trip Sungai Perlis 27-30 April, 2014
En Nizam yang kuat macam badang
En Nizam, Jimah Power Plant:

En Nizam kakitangan Jimah Power Plant  cukup terserlah tenaga dan kekuatannya di Sungai Perlis. Sesuai dengan nama syarikat beliau bekerja, beliau memang ala-ala badang  dan cukup power menolak bot dan membantu melancarkan perjalanan.  Juga cukup ringan tangan membantu pelbagai perkara sepanjang trip.  Ya sedikit kecewa dengan hasil tangkapan ikan, namun sebagai pemancing tegar beliau juga faham ini semua rezeki dari Tuhan.  Secara keseluruhan puas hati dengan trip dan yakin dengan potensi Sungai Perlis sebagai sebuah destinasi eko-kembara hutang hujan tropika yang menyegarkan jiwa. 
En Joe, ONEXOX jatuh cinta di Sungai Perlis

En Joe, ONEXOX:

En Joe kakitangan ONEXOX  turut mengakui hakikat bahawa di Sungai Perlis apabila anda di sana buat seketika dunia hanya ada anda di sana.  Ini merupakan suatu perasaan yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.  Untuk ini En Joe akan kembali ke sini lagi.  


Ahli Kelab Adventure Rasah Kemayan Golf & Country Resort baru sampai ke Jeti Kampung Syukor semula setelah keluar dari Sungai Perlis



Semua rasa berbaloi!

Ahli Kelab Adventure Golf & Country Resort, Negeri Sembilan telah selamat pulang dari Sungai Perlis, Hulu Dungun.  Masing-masing kembali sebok dengan kehidupan masing-masing, namun apabila bertemu sentiasa menyebut untuk kembali lagi ke Sungai Perlis.  Ada yang sudah merancang ada yang sudah menetapkan tarikh.  Dengan izin Allah swt Sungai Perlis akan menerima mereka semula.

MOH! KE SUNGAI PERLIS!