Krew Awang Ghani yang sentiasa sedia berkhidmat telah membawa masuk 2 bot bagi mengiringi trip En Balkiah dan En Shazali. Layanan istimewa diberikan oleh krew Awang Ghnai kepada dua wakil ini bagi memastikan trip ini meninggalkan pengalaman yang istimewa bagi mereka sebelum datang lagi bersama kumpulan masing-masing.
Itineri Trip:
Masuk ke Sungai Perlis pada 21 Feb 2014.
En Shazali yang berdiri di bot belakang dalam perjalanan masuk ke Sungai Perlis. |
En Balkiah yang sedang khusyuk mengambil gambar |
Perjalanan masuk ke Sungai Perlis kali ini semakin mencabar dengan pokok-pokok tumbang sepanjang sungai |
Sampai di tapak perkhemahan setelah 3 jam lebih menaiki bot:
Tapak perkhemahan yang dipilih untuk En Balkiah dan En Shazali ialah di LUBUK MERANTI MATI. Lubuk ini atas lagi dari Lubuk Goback yang merupakan tapak perkhemahan yang paling dekat dari ketamadunan Kg Syukur dan atas lagi dari Lubuk Bankung yang merupakan tapak perkhemahan yang kedua terdekat dari ketamadunan Kg Syukur, Hulu Dungun, Terengganu.
En Shazali baru turun dari bot sampai ke tapak perkhemahan |
En Balkiah sudah 'settle down' di khemahnya bersama krew Awang Ghani |
Setelah selesai membuat khemahnya dan memasak apa lagi terus dengan aktiviti memancing-memancing dan memancing!!!